Seorang lelaki yang dipercayai merupakan pempengaruh dikenali sebagai DMA Islam menerima kemarahan dari orang ramai, selepas mengeluarkan kenyataan berbaur menghina terhadap beberapa bidang pengajian yang ditawarkan di universiti.
Baca juga: Rakam Reaksi Terganggu Dengan Tangisan Budak Dalam Feri, Lelaki Ini Dikecam Hebat & Buat Penjelasan!
INDIVIDU LABEL BEBERAPA BIDANG PENGAJIAN SEBAGAI PALING BODOH

Gambar: Tangkap layar dari akaun Instagram DMA Islam.
Label beberapa pengajian sebagai bodoh
Menerusi video yang tular, individu tersebut tanpa segan silu melabel bidang seperti Komunikasi Massa, Teater, Muzik dan Tarian sebagai bidang paling bodoh.
“Antara kos paling bodoh di Malaysia adalah kos Komunikasi Massa.
“Tapi itu okay lagi, kos yang paling bodoh sekali adalah teater, muzik dan tarian tradisional.
“Bro, kalau kau nak belajar menari tak perlu ambil ijazah, bodoh siak.
“Aku pun boleh menari, tengok. Kalau kau nak menari tak perlu ijazah, tak payah sampai buat PTPTN untuk ambil ijazah-ijazah bodoh macam ini.
“Sebaiknya kau pergi kerja ambil pengalaman sebenar.” ujarnya dalam nada menghina.
Baca juga: Lelaki Miskin Kena Mandul Untuk Kekang Kelahiran, Cadangan Ini Buat Ramai Melenting!
Bidang tersebut dianggap hanya mahu berseronok
Bahkan, ayat-ayat pedasnya tidak terhenti di situ, apabila dia mendakwa tujuan pelajar yang mempelajari bidang-bidang tersebut hanyalah mahu bersuka ria.
“Orang yang ambil teater, semua orang tahu sebab kau nak berseronok saja.
“Budak-budak teater ini banyak seronok dan banyak bersosial, itu saja, bukan nak belajar sangat pun.
“Ijazah ini untuk orang yang banyak duit yang nak bazir masa boleh la,” sinisnya lagi.
Baca juga: Lebih 11,000 Kanak-Kanak Dijangkiti, Kes HFMD Di Johor Makin Serius & Meresahkan!
Amukan dari warga maya
Ternyata perkongsian individu tersebut telah membuat ramai warga maya meluahkan rasa kurang senang, sekali gus mengecam kenyataan berbaur hinaan tersebut.
Termasuklah, ramai individu terkenal meluahkan rasa kesal di ruangan komen.
“Sebab itu kena habis belajar supaya belajar cakap dengan berilmu.
“Bang, akhlak itu penting sangat. Walaupun kita ada pendirian berbeza, tapi untuk merendahkan orang lain atas pilihan mereka secara public tak manis,” antara komen yang ditinggalkan warga maya.
Penulis mendapati, biarpun telah menerima kecaman ramai, sehingga kini video yang dimuat naik itu masih belum dipadam.
Sumber: Instagram @dma_islam
FT Image: DMA Islam
