Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Padanlah 10 Kali Bersihkan Rumah, Habuk Masih Ada, 7 Ini Punca Rupanya!

pembersihan rumah

Membersihkan seluruh kawasan rumah bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya jika dilakukan seorang diri. Walau bagaimanapun, pembersihan rumah menjadi perkara penting yang perlu dilakukan setiap hari.

Mama pasti mahu rumah itu kekal bersih selepas membersihkannya. Malangnya, realiti tidak selalu sama dengan keinginan. Hal ini kerana, penyebab rumah mudah berhabuk boleh berpunca dari dalam rumah itu sendiri.

Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!

PEMBERSIHAN RUMAH

pembersihan rumah

Gambar: Photographee.eu/Shutterstock

Jadi, ketahui beberapa punca habuk di rumah anda yang Popmama.com telah rumuskan.

1. Karpet tempat sarang habuk

Karpet atau permaidani yang jarang dibersihkan boleh menjadi sarang habuk dan sarang. Lebih-lebih lagi, karpet sering digunakan untuk dipijak, seperti di ruang tamu.

Terdapat banyak ruang kecil di antara permaidani yang menjadikannya sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, Mama harus memilih jenis karpet yang mudah dibersihkan supaya tidak menjadi sarang habuk dan debu

2. Tidak membersihkan tilam

Tilam merupakan salah satu objek paling kerap digunakan di dalam rumah menjadikan ia sebagai tempat yang sesuai untuk bersarang habuk. Mama mungkin sudah tahu habuk dan hama boleh berada di dalam tilam.

Ini boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan rumah lebih berdebu. Keraplah membersihkan tilam terutama dengan vakum supaya habuk yang terperangkap di dalamnya juga dapat dikeluarkan.

Baca juga: 5 Warna Utama Cat Dinding Yang ‘Vas’ Ini, Bila Gabung Boleh Jadi 24 Idea!

3. Selalu buka jendela rumah

Biasanya jendela dibuka pada waktu pagi supaya udara dan cahaya matahari boleh masuk. Namun, bukan sahaja mereka masuk ke dalam rumah, habuk dan kotoran dari luar juga ikut sama.

Lebih-lebih lagi kalau Mama tinggal di kawasan bandar berhampiran jalan raya yang menjadi lalu lintas kenderaan. Bukanlah membuka jendela itu perkara yang tidak baik untuk dilakukan, tetapi ia memerlukan perhatian tambahan untuk membersihkan rumah selepas itu.

4. Rumah baru dibina atau diubah suai

Rumah yang baru dibina atau diubah suai sudah tentu mengundang banyak habuk untuk masuk. Ia boleh datang dari perabot baru yang membawanya ke dalam.

Di samping itu, proses pengubahsuaian juga boleh menyebabkan habuk pembinaan terkumpul dan menyebabkan rumah menjadi mudah berdebu. Di mana, ia memerlukan tenaga tambahan untuk membersihkannya.

Baca juga: Cara Cepat Pasang CANGKUK LANGSIR, Tak Lagi Pasang Cabut Banyak Kali!

5. Pembersih hampagas elektrik tidak bergunfsi baik

pembersihan rumah

Gambar: senivpetro

Rasa macam semua sudut rumah sentiasa dibersihkan, tapi habuk masih tak hilang? Jika ya, Mama perlu mempersoalkan pembersih habuk yang digunakan.

Ada kemungkinan pembersih hampagas elektrik yang digunakan tidak lagi pada kapasiti maksimum atau rosak. Pembersih hampagas yang telah digunakan terlalu lama juga boleh mengurangkan kuasanya.

6. Langsir tingkap jarang dibersihkan

Objek pertama yang terdedah kepada zarah habuk apabila tingkap dibuka adalah langsir. Oleh itu, langsir juga boleh menyimpan habuk yang agak banyak jika ia jarang dibersihkan.

Malah, beberapa jenis langsir seperti langsir berbilah boleh menyimpan lebih banyak habuk di antaranya. Bila nak kemas rumah jangan lupa bersihkan langsir juga ya.

Baca juga: Pakar Industri Tunjuk Teknik Betul Seterika Pakaian, Ramai Salah Cara Selama Ini!

7. Bulu haiwan peliharaan

Bagi Mama yang mempunyai haiwan peliharaan, terutama yang berbulu, sudah pasti sering menghadapi perkara ini.

Bulu dari haiwan peliharaan boleh terbang ke mana-mana dan menarik habuk untuk melekat padanya juga. Pastikan anda sentiasa menjaga haiwan kesayangan supaya sentiasa bersih dan bulunya tidak mudah gugur.

Baca juga: Trik Magik CERMIN Bebas Dari Kesan Cap Jari, Sentuh Banyak Kali Pun Tak Apa!

Sumber: PopMama

FT Image: Mr.Guru / master1305

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×