Euforia Bola 2026
Percutian

Bukan Dijajah Atau Berperang…Negara Liechtenstein Rupanya Dibeli Macam Tanah, Kini Antara Terkaya Di Dunia

negara Liechtenstein

Kalau bercakap tentang bagaimana sesebuah negara terbentuk, kebanyakan orang mungkin membayangkan peperangan, penjajahan atau revolusi rakyat. Namun, sejarah negara Liechtenstein ternyata jauh lebih pelik dan unik kerana negara kecil di Eropah itu sebenarnya lahir hasil pembelian wilayah menggunakan duit.

Bukan ditawan. Bukan diwarisi. Tetapi dibeli seperti membeli tanah biasa.

Baca juga: Tak Naik Flight, Pemuda Ini Kongsi Itinerari Mengujakan Travel KL Ke Tanjung Priok Guna ETS, Feri & Kapal Laut

KISAH PEMBENTUKAN NEGARA LIECHTENSTEIN DENGAN CARA PELIK

negara Liechtenstein

Gambar: Threads @az.muhammadd

Dibeli demi mendapatkan kuasa politik

Menurut perkongsian pengguna Threads @az.muhammadd, kisah itu bermula pada tahun 1699 apabila Putera Johann Adam Andreas von Liechtenstein membeli sebuah wilayah kecil dikenali sebagai Lordship of Schellenberg.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1712, beliau membeli pula County of Vaduz, sebuah lagi kawasan kecil di lembah Alpine Rhine yang ketika itu dilaporkan miskin serta terkesan akibat wabak dan peperangan.

Apa yang menarik, harga pembelian wilayah tersebut sebenarnya lebih mahal daripada nilai sebenar tanah itu sendiri. Namun, tujuan utama pembelian tersebut bukanlah kerana mahu memiliki kawasan berkenaan.

Sebaliknya, beliau dikatakan mahu mendapatkan kerusi undi dalam Imperial Diet Vienna, iaitu majlis pemerintahan Empayar Roman Suci ketika itu.

Secara ringkasnya, wilayah tersebut dibeli demi strategi politik dan kuasa pemerintahan.

Putera tak pernah jejak kaki ke negara sendiri

Lebih mengejutkan, putera yang membeli wilayah berkenaan dilaporkan tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke negara tersebut sepanjang hayatnya.

Perkara sama turut berlaku kepada penggantinya selepas itu.

Hanya pada tahun 1842, kira-kira 150 tahun selepas pembelian pertama dibuat, barulah seorang Putera Liechtenstein datang melawat negara milik keluarganya sendiri.

Walaupun kedengaran pelik, negara kecil itu akhirnya berkembang menjadi salah satu negara paling stabil dan makmur di dunia.

Baca juga: Elak Panik & ‘Mabuk’ Di Lebuh Raya, Sediakan 8 Kit Ubat Ini Sebelum Bertolak Pulang Ke Kampung!

negara Liechtenstein

Gambar: Threads @az.muhammadd

Pernah “diceroboh” tanpa disedari

Satu lagi fakta menarik mengenai negara Liechtenstein berlaku pada Mac 2007 apabila kira-kira 170 tentera Switzerland secara tidak sengaja memasuki sempadan negara tersebut sejauh lebih satu batu.

Difahamkan, mereka tersalah arah ketika menjalani latihan ketenteraan.

Apa yang lucunya, Liechtenstein sendiri tidak menyedari kejadian itu berlaku dan hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan pihak Switzerland. Malah, negara itu memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden tersebut.

Kini antara negara terkaya & kadar jenayah paling rendah di dunia

Hari ini, Liechtenstein dikenali sebagai salah satu negara terkaya di dunia berdasarkan pendapatan per kapita.

Negara kecil itu juga mempunyai kadar pengangguran yang sangat rendah, hampir tiada hutang negara serta kadar jenayah antara paling rendah di dunia.

Malah, menurut perkongsian tersebut, kes bunuh terakhir di negara itu dilaporkan berlaku sekitar tahun 1997.

Lebih menarik, ketika sambutan Hari Kebangsaan, Putera Hans-Adam II dikatakan menjemput seluruh rakyat untuk minum bir bersama di taman istana Vaduz Castle.

Daripada sebuah wilayah yang dibeli demi mendapatkan kuasa politik, negara Liechtenstein kini menjadi antara tempat paling selesa dan aman untuk didiami di dunia.

Baca juga: Seronoknya! ‘Melaka Tourism Passport’ RM5 Diperkenal, Boleh Guna Untuk 63 Produk Pelancongan

Sumber: Threads @az.muhammadd

FT Image: Threads @az.muhammadd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×