Euforia Bola 2026
Famili

Tular Majlis Kahwin Menjadi Kecoh, Pelamin Roboh Gara-Gara Anak Tetamu ‘Hyper’ Tolak Sofa!

majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan selalunya menjadi kenangan manis buat pasangan mempelai di mana akan diisi dengan momen-momen istimewa. Tapi kadang-kadang, kenangan itu datang dalam bentuk yang tak dijangka langsung!

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila anak kecilnya yang terlalu aktif di majlis kahwin sahabat sendiri “menyumbang” kepada insiden pelamin tumbang di tengah-tengah kemeriahan!

Baca juga: Gadis Bingung Bapa Suruh Buat Majlis Kahwin Di Pasar Tani, Rupanya Idea ‘Aneh’ Ini Bukan Cakap Kosong!

MAJLIS PERKAHWINAN BERTUKAR KECOH, ANAK HYPER ‘ROBOHKAN’ PELAMIN

majlis perkahwinan

Tangkap layar Tiktok.

Tular melalui perkongsian di laman Tiktok apabila kehadiran wanita yang membawa anaknya yang berusia 3 tahun di majlis perkahwinan sahabat karib, berakhir dengan kejadian yang tidak disangka iaitu pelamin roboh!

Wanita tersebut, dikenali sebagai Ayeen, telah memuat naik semula video insiden itu di akaun TikTok miliknya bersama penjelasan lanjut. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang sibuk mengiring pengantin ke meja makan beradab, manakala anaknya pula sedang bermain dan berlari-lari atas pelamin bersama beberapa kanak-kanak lain. Malangnya, anaknya menolak sebuah sofa dengan begitu kuat hingga menyebabkan sebahagian struktur pelamin tumbang ke belakang.

“Selamat pengantin baru buat kawan-kawan saya. Semoga bahagia sampai ke anak cucu. Anggaplah pelamin musnah ni sebagai kenangan manis,” tulis Ayeen dalam kapsyen video.

Luaran Nampak Santai, Tapi Anak Dah Kena Tegur

majlis perkahwinan

Tangkap layar Tiktok.

Perkongsia video pelamin roboh itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap bahawa perkara ini tidak lucu seperti raut wajahnya di dalam video penjelasan.

Namun, menurut Ayeen, walaupun kelihatan tenang dan tersenyum dalam video, dia mengakui sebenarnya berasa sangat malu dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang lucu dan tidak disengajakan. Namun video penjelasan itu kemudiannya dipadam dari TikTok, selepas menerima pelbagai reaksi.

Sebenarnya, Ayeen sudah pun memohon maaf kepada pasangan pengantin dan bersedia menanggung apa-apa kerosakan jika perlu.

Malah, pasangan pengantin pula memilih untuk tidak memperbesarkan perkara itu. Malah, mereka mendedahkan bahawa bukan pelamin sahaja yang mengalami masalah, tetapi majlis mereka turut terganggu dengan isu bekalan elektrik. Namun begitu, mereka bersyukur kerana majlis tetap berjalan lancar hingga ke penghujung.

*Baiklah kalau begitu tapi kalau terjadi dekat majlis penulis memang kena rotan budaknya!

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: Tiktok @Kap_JeanCollection

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×