Semalam, Malaysia dan negara tetangganya, Indonesia dikejutkan dengan berita perkahwinan di antara seorang pelakon wanita popular dan pewaris empayar barang kemas mewah di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan pada Ahad.
Pevita Pearce, bintang terkenal Indonesia kini sah bergelar isteri kepada Mirza Meer yang merupakan anak kepada tokoh perniagaan perhiasan ternama Malaysia iaitu Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.
Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!
PELAKON WANITA POPULAR KAHWINI PEWARIS HABIS JEWELS
Perkahwinan pasangan ini telah mendapat perhatian ramai, berikutan status mereka itu.
Malah, majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah dia lelaki bernama Mirza Meer ini yang berjaya menambat hati Pevita Pearce.
Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!
Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!
Profil Mirza Meer Datuk Seri Meer Habib
Di sini, penulis sertakan serba sedikit info yang dipetik dari pelbagai sumber.
Menurut laporan berita tempatan, Mirza Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang merupakan sebuah rangkaian jam tangan mewah dan juga anak syarikat Kumpulan Habib.
Selain itu, melalui perkongsian akaun sebuah Tiktok, @zloomyx , jejaka tersebut dikatakan juga sebagai Pengasas Edunia Creative. Di mana, ia didirikan pada November 2019 sebagai perusahaan agensi yang bergerak di pelbagai industri kreatif.
Malah, Mirza juga dipercayai mempunyai bisnes syarikat kopi di Malaysia dengan nama ‘Peep Coffee’.
Suami kepada karakter Hayati dalam filem terkenal “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” juga dikhabarkan mempunyai kelulusan jurusan Seni dan Seni Bina di University of the Arts London dan jurusan Pengurusan Perniagaan di Middlesex University di England.
Jadi, itu sahaja info mengenai Mirza Meer yang dapat penulis perolehi. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai dan Selamat Pengantin Baru!
Baca juga: Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!
Sumber: Kosmo! / AWANI / Tiktok @zloomyx / Linkedin
FT Image: The Sun / Instagram Pevita Pearce

