Euforia Bola 2026
Didik

Kecoh Pelajar Universiti Balas E-mel Dengan Bahasa Kesat & Mencarut, Netizen Persoal Mana Adab?

bahasa kesat

Baru-baru ini, perkongsian Mohd Fadli Salleh di Facebook telah mendapat reaksi ramai ekoran lebih 100 pelajar di sebuah universiti awam terkenal di sini, saling berbalas e-mel menggunakan bahasa kesat, termasuk di CC kepada pensyarah dan jabatan universiti.

Perkongsian tersebut meraih 1.4 ribu perkongsian dan menimbulkan perbincangan hangat mengenai tahap adab komunikasi pelajar di platform rasmi universiti dengan 1.1 ribu komen yang ditinggalkan warga maya.

Baca juga: Tak Nak Lagi Jenayah Berlaku! Ini 11 Langkah Baharu KPM Tingkat Disiplin & Keselamatan Murid Di Sekolah

PELAJAR UNIVERSITI GUNA BAHASA KESAT DI E-MEL RASMI

bahasa kesat

Menurut perkongsian Fadli Salleh, insiden ini melibatkan pelajar Diploma Pendidikan Islam yang menggunakan fungsi “CC” dan “Reply All” secara tidak wajar, sehingga mengakibatkan ribuan e-mel dihantar kepada semua penerima.

Beliau menekankan bahawa kata-kata carut dan maki hamun yang digunakan dalam e-mel itu berisiko memberikan imej buruk kepada institusi.

Beberapa ayat balasan e-mel yang dihantar pelajar, termasuklah:

  • “Jangan spam barua”
  • “Diam lancau”
  • “Diam la sial”
  • “Diam la bodoh”
  • “Macam bangang hantar banyak”
  • “Please lah tolong diam serabut anjing”
  • “Celaka apa ni naik noti banyak babi dah lah tu spam eh babi buat group WhatsApp je sial serabut natang”

Bahkan, beliau turut berkongsi tangkap layar bahawa seseorang telah membuat laporan mengenai insiden berkenaan yang telah dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, lengkap dengan senarai pelajar yang terlibat dan salinan emel untuk rujukan pentadbiran.

Tujuannya adalah agar tindakan sewajarnya diambil dan pelajar dinasihati supaya lebih berhemah menggunakan e-mel rasmi.

bahasa kesat

Baca juga: Disiplin Pelajar Teruk Jangan Tunding Jari Pada Pendidik, Kaunselor Dedah 5 Punca Datangnya Dari Luar Pagar Sekolah

Ruangan komen di perkongsian Fadli Salleh dipenuhi dengan pandangan warga maya mengenai budaya bahasa kesat di kalangan pelajar muda:

“Lama dah benda ini berlaku. Bila mereka dapat email hebahan, yang mana dapat berulang dan mereka rasa tak berkaitan dengan mereka, ramai balas mencarut bagai. Itulah tahap adab mereka.”

“Budak universiti akal bijak tapi rendah sangat bab adab bila bercakap (menulis). Sekarang ini anak-anak yang bawah umur 12 pun sudah biasa dengar perkataan kesat. Risau generasi depan kurang adab bila bercakap.”

“Kalau dengar dekat kedai makan budak-budak muda bercakap lagi malu. Mencarut-carut… muka lawa dah berfesyen bagai tapi mulut tak ada adab. Auto nampak low class.”

Nota penulis:

Melihat e-mel yang penuh bahasa kesat ini, terasa sungguh sayu. Pelajar yang bijak dalam akademik, tetapi bila menaip kata-kata begitu, nyata akhlak dan adab mereka terabai.

Apa yang menyedihkan, bukan sahaja pensyarah dan pihak universiti terganggu, tetapi juga imej diri mereka sendiri terjejas.

Perkongsian ini bukan sekadar hiburan atau gosip di media sosial, ia sepatutnya menjadi cermin buat semua anak muda. Di mana, kebebasan teknologi tidak memberi lesen untuk hilang sopan santun.

Biar canggih dunia digital, hati dan kata-kata tetap perlu dijaga. Kalau ada jiwa dan rasa hormat, bahasa kesat ini tidak wujud dalam komunikasi kita.

Baca juga: Kes Pelajar Rog*l Cetus Luahan Ramai Guru, Serik Nak Mendidik & Kini Pilih ‘Selamatkan Periuk Sendiri’

Sumber: Mohd Fadli Salleh

FT Image: jannoon028

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×