Euforia Bola 2026
Famili

Tular Video Pelajar Pakai Kostum Mirip KKK, Ini Penjelasan Pihak UiTM…

KOSTUM KKK

Baru-baru ini tular di media sosial video sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memakai kostum KKK iaitu  kumpulan pelampau kulit putih Klu Klux Klan dalam satu sesi pembentangan akademik.

Video itu pastinya menjadi bualan hangat warganet kerana beranggapan pakaian yang dikenakan agak tidak sesuai terutamanya pelajar Islam.

Baca juga: [FOTO] Tun Abdullah Ahmad Badawi Dalam Kenangan, Pemimpin Kesayangan Ramai…

UITM JELAS PELAJAR PAKAI KOSTUM KKK TUJUAN AKADEMIK

KOSTUM KKK

Kredit: X

Ramai yang menyuarakan kebimbangan dan rasa tidak senang terhadap pemilihan kostum tersebut kerana ia dikaitkan dengan sejarah keganasan, perkauman ekstrem, dan penindasan terhadap kaum minoriti.

UiTM dalam satu kenyataan media menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini adalah sebagai sebahagian daripada tugasan akademik.

Tugasan itu adalah untuk pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus `Contemporary Global and Legal Issues’.

Tugasan berkenaan bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Dalam sesi tersebut, pelajar memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit yang merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia pernah berlaku di beberapa negara.

“Pendekatan visual yang digunakan adalah sebahagian daripada kaedah pedagogi bagi menyokong penyampaian berimpak tinggi dalam kelas, selaras dengan objektif kursus yang mendorong pemikiran analitik seta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar,” jelas pihak UiTM

Difahamkan, pensyarah dan pihak fakulti yang bertanggungjawab turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal dan berlandaskan prinsip akademik tanpa menyentuh sebarang sensitiviti berkaitan agama, budaya mahupun perkauman.

“Kami berharap penjelasan ini dapat memperjelaskan keadaan sebenar dan menamatkan salah tafsir terhadap tugasan yang dijalankan. UiTM akan terus memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar secara holistik dan menyeluruh,” jelasnya.

Baca juga: Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut Di Leher & Ada Objek Tumpul Dimasukkan Dalam Dubur

Sumber: Berita Harian Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×