Euforia Bola 2026
Famili

“Rumah Sakit, Teman-Teman” – Cikgu Kecewa Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM

BAHASA INDONESIA

Seorang guru dikenali sebagai Cikgu Gja meluahkan rasa kecewa menerusi satu video di laman TikTok apabila ramai anak muridnya kini cenderung menggunakan perkataan dari bahasa Indonesia dalam penulisan karangan.

Menurutnya, situasi ini semakin membimbangkan kerana pelajar tidak lagi dapat membezakan antara penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa yang dipengaruhi oleh kandungan luar negara, terutamanya dari Indonesia.

Baca juga: Anak Tidur Dengan Hati Tenang Bila Ibu Ayah Tanya 5 Soalan Ini Setiap Malam, Rasa Disayangi!

CIKGU KECEWA PELAJAR TULIS KARANGAN GUNA BAHASA INDONESIA

BAHASA INDONESIA

Cikgu Gja menjelaskan dalam video berdurasi kurang satu minit itu, antara perkataan sering digunakan termasuklah rumah sakit, berencana, merancanakan dan teman-teman yang jelas menunjukkan pengaruh bahasa Indonesia dalam gaya penulisan karangan.

“Perkataan yang selalu saya jumpa merancanakan, berencana, rumah sakit, teman. Memanglah dalam bahasa Melayu ada perkataan teman tetapi penggunaan yang lebih sesuai adalah kawan.

“Kami pergi berkelah bersama kawan-kawan, bersama rakan-rakan bukan bersama teman-teman. Nampak sangatlah anda memang guna bahasa Indonesia,” jelasnya.

Dia turut menegur secara terbuka dalam videonya agar para pelajar lebih peka dan tidak terbawa-bawa dengan bahasa yang mereka dengar daripada video di media sosial, terutamanya TikTok dan drama luar.

Dia menegaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu dengan betul adalah penting, lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi seperti karangan sekolah dan peperiksaan.

BAHASA INDONESIA

Freepik

“Banyak yang saya jumpa dalam karangan awak. Apa ni? Kurang-kurang sikit tengok konten Indonesia. Jangan terbawa-bawa dalam cerita awak dengan bahasa Indonesia. Salah.

“Video ini bukan untuk hina mana-mana bahasa atau negara. Saya hormat Bahasa Indonesia, bahasa yang indah dan kaya budaya tetapi dalam karangan sekolah, murid perlu guna Bahasa Melayu yang betul, ikut silibus Malaysia.

“Ramai murid terpengaruh dengan konten luar, jadi ini cuma peringatan mesra untuk ibu bapa untuk bantu pantau dan bezakan penggunaan bahasa ikut situasi. Niat saya cuma nak mendidik dengan kasih,” luahnya.

Baca juga: Jangan Ingat Anak Tak Pandai Akademik Tak Ada Masa Depan, Ini Laluan Untuk Diteroka!

Sumber: TikTok Cikgu Gja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×