Media sebelum ini melaporkan pemergian seorang pelajar SM Sains Banting, Safiah Nafisah Muddatstsir yang disifatkan sebagai kematian yang dicemburui.
Hal ini kerana, pelajar berusia 14 tahun itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Baca juga: Dahlia Rizal Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Nama Yusra Jadi Pilihan…
PELAJAR SM SAINS BANTING MENINGGAL DUNIA KETIKA HENDAK SOLAT

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh pihak sekolah, Sekolah Menengah Sains Banting di laman Facebook rasmi milik mereka.
“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Safiah Nafisah Binti Muddatstsir, murid Tingkatan 2 SM Sains Banting yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari ini Rabu, 7 Mei 2025.
“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Jenazah akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya. Salam takziah daripada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah,” tulisnya dalam kenyataan itu.
*Diharapkan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini dan diberikan kekuatan untuk menempuhinya.
Baca juga: Lelaki OKU Ini Jual Durian Untuk Sara Hidup, Tunggu ‘Customer’ Sampai Pukul 4AM, Sebak!
