Terbaharu, orang ramai diminta membantu mengesan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Pelajar terbabit, Muna Qaisara Muhammad Budiman, kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.
Baca juga: “Kena Belasah Dah Sekor Sekor…” Mesej 6 Bulan Sebelum Zayn Rayyan Maut Didedahkan Di Mahkamah!
PELAJAR PEREMPUAN MUNA QAISARA HILANG

Muna Qaisara dilapor hilang dari asrama di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu.
Ibunya, Juliana Johari, 42, berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.
“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.
Baca juga: Pemilik Rumah Musnah Sepenuhnya Terima Tunai 10 Ribu & Separa Musnah Dapat 5 Ribu
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: Sinar Harian
