Kisah kejayaan pelajar MARA luar negara ini membuktikan bahawa kegagalan awal bukanlah noktah kepada masa depan seseorang. Tahniah diucapkan kepada saudara Zul Hakim Zulhaimi atas pencapaian membanggakan beliau yang telah bergraduasi awal dari Purdue University, Indiana.
Beliau bergraduasi dalam double major Mechatronics Engineering Technology dan Automation & Systems Integration Engineering Technology. Ia merupakan pencapaian luar biasa yang menandakan satu lonjakan besar dalam kerjaya kejuruteraan masa depan.
Baca juga: Pelajar USIM Dipilih Jadi Imam Tarawih Di New Zealand, Berjaya Lulus ‘Interview’ Yang Sengit!
KISAH PELAJAR MARA LUAR NEGARA, RAIH ANUGERAH TERTINGGI

Gambar oleh MARA USA
Apa yang lebih mengagumkan, perjalanan beliau bukanlah bermula dari landasan yang mudah.
Bermula sebagai pelajar aliran sastera dengan hanya 2A dalam SPM, semua permohonan beliau ke universiti awam ditolak.
Namun, beliau memilih untuk bangkit dan mencuba laluan TVET dengan menyambung pengajian Diploma di German-Malaysian Institute (GMI) dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Mekatronik.
Ia merupakan satu bidang yang bukan sahaja teknikal, malah memerlukan penguasaan sains dan matematik yang tinggi.
Pada tahun 2021, beliau berjaya menamatkan pengajian di GMI dengan keputusan cemerlang dan kemudiannya menerima tajaan MARA ke luar negara.
Setelah itu, langkah seterus beliau adalah memilih Purdue University yang merupakan antara universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan, sebagai tempat menimba ilmu dan mengembangkan bakat.
Sepanjang pengajian, beliau bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan akademik, malah terlibat aktif dalam pelbagai projek teknologi berimpak tinggi seperti pembangunan exoskeleton pintar dengan sensor daya dan sudut.
Beliau juga dipilih sebagai Teaching Assistant untuk kursus Lean Six Sigma dan diberi penghormatan mewakili universiti dalam Tech Expo Purdue bagi membentangkan hasil inovasi kepada pihak industri dan akademia.
Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!

Gambar oleh MARA USA
Kejayaan beliau menamatkan pengajian lebih awal iaitu pada Spring 2025, berbanding jangkaan asal Fall 2025, serta dianugerahkan Golden Honor Cord iaitu merupakan lambang kecemerlangan akademik tertinggi.
Inspirasi dari Zul Hakim ini membuktikan bahawa latar belakang bukanlah penentu masa depan. Paling penting adalah keazaman untuk terus belajar, mencabar diri dan tidak pernah berputus asa.
Semoga kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi buat semua!
Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga
Sumber: Facebook MARA USA
FT Image: Facebook MARA USA
