Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Jangan Biar Payudara Keras & Panas..” Ini Derita Susu Tersumbat ‘Mastitis’, Lagi Parah Kena Makan Antibiotik!

PAYUDARA BENGKAK

Payudara bengkak ketika menyusu sering dianggap perkara biasa oleh ramai ibu, namun jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini boleh membawa kepada komplikasi lebih serius seperti mastitis yang menyakitkan dan mengganggu proses penyusuan.

Masalah ini akan mengakibatkan mengalami kesakitan pada bahagian payudara disertai tanda kemerahan dan rasa panas serta perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Baca juga: Trend ‘Teka’ Jantina Bayi Guna Kalendar Cina Kembali Popular, Nak Tahu Baby Boy Atau Girl Boleh Cuba!

PAYUDARA BENGKAK SEBAB TERSUMBAT, RAMAI IBU YANG TAK TAHU

PAYUDARA BENGKAK

Keadaan tersebut sebenarnya bermula daripada saluran susu yang tersumbat (clogged milk duct) yang tidak diberi perhatian awal.

Pada awal simptom payudara bengkak, terdapat ketulan keras pada payudara akibat susu tidak dapat dikeluarkan dengan lancar. Namun keadaan itu semakin teruk apabila susu yang terperangkap tidak keluar dengan baik, seterusnya menyebabkan jangkitan.

Lebih menyakitkan, keadaan itu akhirnya memerlukan prosedur perubatan apabila doktor terpaksa melakukan tindakan untuk mengeluarkan susu yang sudah bertukar menjadi jangkitan.

Apa sebenarnya Mastitis?

PAYUDARA BENGKAK

Kredit: Magnific

Mastitis ialah keradangan pada tisu payudara yang biasanya berlaku dalam kalangan ibu menyusu. Ia boleh berlaku apabila susu tersekat (clogged milk duct) dan tidak dikeluarkan secara sempurna, seterusnya menyebabkan jangkitan bakteria.

Antara simptom awal yang sering berlaku termasuk:

  • Payudara terasa sakit dan keras
  • Terdapat kawasan kemerahan pada kulit
  • Rasa panas pada bahagian payudara
  • Demam dan badan terasa lemah
  • Sakit ketika menyusu atau mengepam susu

Jika tidak dirawat awal, keadaan ini boleh menjadi lebih serius sehingga membentuk nanah (abscess) yang memerlukan prosedur perubatan untuk mengeluarkannya.

Pakar kesihatan sering menasihatkan ibu menyusu agar tidak mengabaikan tanda awal seperti rasa sakit atau ketulan pada payudara. Tindakan segera seperti kerap menyusukan bayi, mengepam susu dengan betul, serta urutan lembut pada kawasan terlibat boleh membantu mengelakkan saluran susu daripada tersumbat.

Selain itu, memastikan payudara kosong dengan baik selepas setiap sesi penyusuan juga penting bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Perkongsian ini menjadi peringatan kepada ramai ibu bahawa mastitis bukan sekadar sakit biasa, tetapi boleh menjadi lebih serius jika tidak dirawat segera. Walaupun proses penyusuan adalah sesuatu yang semula jadi, ia tetap memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi.

Apa yang paling penting, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi teruk baru mendapatkan rawatan. Kesedaran awal boleh membantu mengelakkan kesakitan yang lebih besar serta komplikasi yang tidak diingini.

Baca juga: Hari Ke-14 Cukur Rambut Bayi, Ibu Ini Kongsi Cara Kira & Nilai Sedekah Untuk Orang Memerlukan

Sumber: WIC Breastfeeding support

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×