Euforia Bola 2026
Didik

Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!

pasangan kekasih

Ramai yang berkehendak mempunyai pasangan kekasih yang layak dihalalkan dan boleh sehidup semati hingga akhir hayat. Namun, hendak memilih pasangan hidup bukanlah perkara yang mudah dan boleh ditangkap muat sahaja.

Melalui perkongsian Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, terdapat teknik simulasi yang boleh dicuba untuk individu yang masih bujang dalam mencari pasangan hidup anda.

Baca juga: Hasrat Bapa Tercapai, Anak Berjaya Masuk UMK Hasil Kutipan Dana Orang Kampung Dalam Tempoh 2 Jam!

PASANGAN KEKASIH DAH TERIMA DIRI ANDA SEADANYA KE?

pasangan kekasih

Gambar: nanihennamakeupbridal

Teknik “simulasi” adalah pendekatan yang praktikal dalam membuat pertimbangan dan perbandingan untuk membuat keputusan memilih pasangan hidup.

Cinta itu bukan buta. Jatuh cinta dengan bijak. Gunakan otak anda dulu untuk membuat keputusan, selepas itu barulah anda boleh jatuh cinta dan bermain dengan emosi.

Teknik ini berfungsi seperti ‘mind mapping’ atau ‘video mapping’, yang membantu diri meramalkan apa yang mungkin terjadi di masa depan dengan keputusan atau pilihan yang dibuat.

Fikir sebelum membuat keputusan, masukkan data yang ada ke dalam situasi dan visualisasikan

Dengan meletakkan gambaran kehidupan berumah tangga secara visual dalam minda, diri dapat mengumpulkan data dan maklumat yang relevan.

Perkongsian pengalaman ini menunjukkan cara berfikir dan membuat keputusan. Saya memilih pemilihan pasangan hidup yang terbaik hanya sebagai contoh sahaja.

Teknik ini boleh digunakan untuk semua situasi. Visualisasi adalah teknik yang hebat untuk mengelakkan keputusan yang buruk.

Dan contoh kali itu hanya untuk mereka yang masih bujang dan mencari pasangan hidup. Ia pasti bukan untuk orang yang sudah berkahwin.

Apa pun yang anda pilih, Allah SWT yang akan tentukan. Jangan ada penyesalan.

Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!

ASPEK PENTING YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM TEKNIK SIMULASI

1. Melihat kesan dan tingkah laku pasangan

Memahami bagaimana pasangan bertindak dalam situasi tertentu adalah kunci. Tingkah laku mereka boleh memberi petunjuk tentang nilai dan prinsip yang mereka pegang.

Sebagai contoh, jika pasangan berasal dari keluarga kaya, adakah mereka menunjukkan sikap bersyukur atau sebaliknya, menjadi egois dan materialistik?

Perkara ini secara tidak langsung akan membuatkan hidup anda terkongkong dan terpaksa mengikut telunjuk keluarga pasangan. Disebabkan gambaran seperti itulah yang membuatkan menolak ciri pasangan. Cari alternatif yang sesuai.

2. Menilai perangai pasangan

Membandingkan perangai pasangan dengan perangai diri sendiri adalah penting. Adakah kita saling melengkapi? Adakah perbezaan itu membina atau merosakkan hubungan?

Contohnya, jika pasangan mempunyai perangai pemalas dan tidak mahu cari pekerjaan, adakah kita bersedia menampung beban tanggungjawab dalam hubungan tersebut? Sebagai sebuah pasangan, memilih untuk mencari pasangan yang saling membantu jika menginginkan masa depan yang cerah.

Simulasi bersama pasangan seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup tidak menampakkan sesuatu yang menyakinkan. Hanya dengan satu gaji di zaman sekarang tidak mencukupi.

3. Penampilan pasangan

Penampilan fizikal sering kali mencerminkan tingkah laku dan gaya hidup seseorang. Jika pasangan mempunyai penampilan yang seksi, adakah itu mencerminkan keyakinan atau hanya sekadar usaha untuk menarik perhatian?

Kita perlu ingat bahawa penampilan bukanlah segalanya ia perlu disertai dengan nilai dan sikap yang baik. Bagi pasangan seperti ini dapat digambarkan ia akan menjadi “trophy wife”.

Tetapi ia juga akan menjadi perhatian kepada orang lain dan sudah tentu ibu bapa mana mahu menantukan menantu yang menjolok mata di khalayak ramai. Maintenance tinggi.

Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!

4. Keturunan pasangan

Menilai latar belakang keluarga dan keturunan pasangan adalah penting untuk memahami nilai-nilai yang mungkin di bawa ke dalam perhubungan. Sebagai contoh, jika pasangan adalah sepupu, adakah kita dapat menerima hubungan ini dari segi sosial dan budaya?

Kalau boleh elakkan berpasangan dengan keturunan sendiri kerana terdapat banyak kajian telah dilakukan yang mana berkahwin dengan sepupu sendiri akan meningkatkan peratusan anak dengan penyakit diabetic atau Thalassemia.

Hanya sebagai contoh sahaja. Perlu rujuk dengan pakar untuk mendapat kepastian tentang penyakit genetik.

5. Tahap kesihatan pasangan

Kesihatan fizikal dan mental pasangan juga memainkan peranan penting dalam membina keluarga yang sihat. Jika pasangan selalu jatuh sakit, bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan berumahtangga kita?

Memastikan kita dan pasangan mempunyai tahap kesihatan yang baik adalah langkah bijak untuk masa depan. Sudah tentu diri mahukan anak-anak yang sihat, bebas daripada mewarisi DNA sebarang penyakit.

Dalam masa sama melahirkan generasi yang terbaik. Jangan lupa jodoh ketentuan Allah.

Kesimpulan

Melalui teknik ‘simulasi’ anda tidak hanya membuat keputusan berdasarkan emosi, tetapi juga berdasarkan analisis yang mendalam. Ia membolehkan diri untuk memilih pasangan dengan lebih bijak, memastikan bahawa anda membina asas yang kukuh untuk kehidupan berumahtangga yang bahagia dan harmoni.

Dengan pendekatan ini, anda dapat mengubah pemikiran dan mindset diri tentang cinta dan perhubungan, menjadikan pilihan lebih bermakna dan berkesan. 

Baca juga: Apakah Berdosa Tak Mahu Kahwin? Ini Hukumnya & Penjelasan Daripada UAI

Sumber: Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

FT Image: iStock / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×