Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah enak dan baju baharu, tetapi juga tentang menyebarkan kegembiraan serta eratkan hubungan silaturahim. Oleh itu, salah satu cara kreatif untuk menghidupkan suasana meriah adalah dengan berbalas pantun Hari Raya Aidilfitri!
Sama ada untuk caption media sosial, ucapan kepada keluarga dan rakan, atau sekadar menceriakan suasana beraya, pantun raya mampu menyampaikan perasaan dengan cara yang unik dan mengembalikan nostalgia. Boleh guna idea di bawah.
Baca juga: Jangan Buat 4 Perkara Ini Semasa Isi e-Filing Kalau Tak Mahu Dihubungi LHDN, Boleh Cuak!
10 KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 SESUAI NAK BUAT CAPTION ‘SOCMED’

Foto hiasan.
#PANTUN 1
Raya tiba penuh gembira,
OOTD kena bergaya.
Gambar cantik muat naik segera,
Like dan komen laju berjaya!
#PANTUN 2
Ketupat rendang di atas meja,
Kuih semperit cair di lidah.
Bergambar dulu jangan lupa,
Baru Syawal bertambah indah!
#PANTUN 3
Baju raya warna biru,
Kasut putih dah matching semua.
Caption pendek tapi padu,
“Syawal tiba, let’s slay together!”
#PANTUN 4
Kuih tart dan dodol dibawa bersama,
Hari raya tiba bersuka ria.
Maaf dipinta tulus di jiwa,
Moga bahagia selamanya.
#PANTUN 5
Malam raya pasang pelita,
Rumah terang berseri-seri.
Maaf ku pinta andai terluka,
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
#PANTUN 6
Kuih semperit atas dulang,
Kuih tart penuh sebalang.
Nak diet memang sayang,
Sudahnya makan tak pandang-pandang!
#PANTUN 7
Dulu surat kini WhatsApp,
Ucapan raya digital belaka.
Namun adat tetap tegap,
Maaf zahir batin diterima.
#PANTUN 8
Takbir bergema sayu di hati,
Ingat dosa yang telah terjadi.
Moga Syawal membawa erti,
Hidup diberkati Ilahi.
#PANTUN 9
Bakar lemang di tepi laman,
Rendang daging bau menggoda.
Aidilfitri datang menjelang,**
Mohon maaf segala dosa.**
#PANTUN 10
Pagi raya makan rendang,
Dengan ketupat cicah kuah.
Kalau awak masih bujang,
Boleh tak saya rapatkan ukhuwah?

Foto hiasan.
*Berminat pantun yang mana satu untuk digunakan?
Baca juga: Bantuan BUDI MADANI RM200 Disalurkan Kepada Rakyat 7 Mac (Hari Ini), Boleh Semak!
Sumber: Perpustakaan Digital Malaysia
