Euforia Bola 2026
Rakyat

Talian Kecemasan Baharu NG999 Mula Beroperasi, Pertolongan Sampai Tepat Pada Masanya!

PANGGILAN KECEMASAN

Sistem panggilan kecemasan baharu, Next Generation Emergency Services (NG999), telah mula beroperasi semalam, menggantikan sistem lama Malaysian Emergency Response 999 (MERS999) yang digunakan sebelum ini.

Orang ramai sebelum ini telah menerima pesanan ringkas yang menggalakkan mereka memuat turun aplikasi SaveME999 daripada App Store atau Google Play bagi memudahkan laporan kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan.

Baca juga: Senarai Penuh Kamera AwAS Tahun 2025, Jangan ‘Drive’ Laju Nanti Duit Melayang!

SISTEM PANGGILAN KECEMASAN BAHARU NG999 MULA BEROPERASI

PANGGILAN KECEMASAN

NG999 merupakan sistem digital bersepadu yang direka untuk meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dengan agensi pusat berkaitan, sekali gus meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kecemasan di seluruh negara.

Dengan adanya sistem ini, maklumat mengenai insiden kecemasan dapat disalurkan dengan lebih cepat kepada pihak berkuasa yang berkenaan, membolehkan tindakan segera diambil bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kerugian harta benda.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, sistem baharu ini menggabungkan pemetaan digital berasaskan web, pengenalan pemanggil (caller ID), perkhidmatan geolokasi, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), serta aplikasi pintar mudah alih ke dalam pengurusan insiden kecemasan.

PANGGILAN KECEMASAN

Freepik

Gabungan teknologi ini dijangka membolehkan bantuan kecemasan disalurkan dengan lebih efisien di seluruh negara selain  membolehkan pihak berkuasa menguruskan panggilan kecemasan dengan lebih tersusun, termasuk menjejak lokasi pemanggil secara tepat dan menghantar maklumat kritikal kepada pasukan bertindak dengan segera.

Sistem ini dianggap sebagai langkah penting ke arah memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi situasi kecemasan, termasuk kemalangan jalan raya, kebakaran, bencana alam dan kesihatan kritikal.

Dengan pelaksanaan NG999, orang ramai kini disarankan untuk mengenali dan menggunakan aplikasi SaveME999 sebagai saluran utama melaporkan kecemasan bagi memastikan pertolongan sampai tepat pada masanya.

Baca juga: Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Tidak Lama Lagi, Kawasan Pantai Timur Perlu Berwaspada

Sumber: NST

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×