Euforia Bola 2026
Rakyat

Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!

aplikasi MyGOV

Menyemak status bantuan kewangan kini lebih mudah dengan aplikasi MyGOV, platform rasmi kerajaan yang membolehkan rakyat Malaysia menjejak bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara digital.

Dengan aplikasi ini, rakyat tidak perlu lagi ke kaunter berulang kali, malah maklumat boleh diperoleh dengan lebih cepat dan tepat.

Baca juga: JPN Keluarkan Garis Panduan Terkini Elak Nama Anak Ditolak, Mama Papa Perlu Faham 3 Kategori Ini!

PANDUAN GUNA APLIKASI MyGOV

aplikasi MyGOV

Baru-baru ini, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa penyaluran beberapa bantuan penting telah bermula sejak Januari, termasuk SARA Bulanan dan STR Fasa 1 2026.

STR Fasa 1 melibatkan peruntukan RM1.1 bilion untuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan, dengan jumlah bantuan antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing.

Selain STR dan SARA, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kewangan lain dan aplikasi MyGOV berperanan sebagai pusat rujukan sehenti untuk semakan status, permohonan dan maklumat terkini.

Dengan MyGOV, rakyat dapat mengelak kekeliruan dan memastikan bantuan sampai tepat pada masanya.

Baca juga: Bantuan RM300 Untuk Anak Yang Tanggung Ibu Bapa Warga Emas, Melalui BINGKAS 3.0!

Cara Semak STR dan Bantuan Lain melalui MyGOV

aplikasi MyGOV

Berikut adalah panduan ringkas untuk semakan STR dan bantuan kewangan lain melalui aplikasi MyGOV:

1. Muat turun aplikasi MyGOV

  • Pengguna Android: Google Play Store
  • Pengguna Apple: App Store

2. Buka aplikasi dan tekan Teruskan ke Halaman Utama.

3. Klik Log Masuk pada halaman utama.

4. Pilih “Saya sudah mempunyai MyDigital ID” jika anda mempunyai akaun, kemudian tekan Teruskan ke login.

5. Klik Log In with MyDigital ID dan tunggu paparan pengesahan.

6. Tekan YA pada paparan pengesahan untuk meneruskan.

7. Setelah berjaya log masuk, maklumat mengenai bantuan kewangan yang layak diterima, termasuk STR, akan dipaparkan di halaman utama aplikasi MyGOV.

Nota penting:

  • Pastikan anda telah memiliki MyDigital ID dan versi aplikasi adalah 2.3.2 untuk kelancaran proses log masuk

Dengan langkah mudah ini, rakyat Malaysia boleh memastikan hak mereka terhadap pelbagai bantuan kewangan dapat diakses tanpa kesulitan, sambil memanfaatkan kemudahan digital kerajaan.

@mydigital_id Nak cek MySTR? Tak payah pening. Log masuk aplikasi MyGOV guna MyDigital ID je, terus boleh lihat bantuan kewangan yang diterima dengan lebih pantas dan selamat #MyDigitalID #MyGOV #MySTR #DigitalMalaysia #SelamatPantasMudah ♬ Fe!n Drill – DJ IGOR BERTOLI

Baca juga: Berjaya Bekukan Akaun Scammer Selepas Bengang Ditipu RM150, Lelaki Ini Dedah Taktik Mudahnya!

Sumber: TikTok @mydigital_id

Ft Image: frimufilms

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×