Peraturan baharu yang mengenakan denda terhadap ibu bapa kerana paksa anak belajar berlebihan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Langkah itu menimbulkan perdebatan kerana ramai ibu bapa mendakwa mereka sendiri sering ditekan oleh pihak sekolah supaya memastikan anak-anak mencapai prestasi cemerlang dalam akademik.
Baca juga: Ibu Mentua Ajar ‘Perkasakan’ Anak Lelaki Dengan Didikan Nilai, Bukan Hanya Teguran Marah
PAKSA ANAK BELAJAR, IBU BAPA AKAN DIDENDA

Freepik
Bermula 15 Disember ini, ibu bapa atau penjaga yang didapati memaksa ahli keluarga belajar secara keterlaluan boleh dikenakan denda antara 5 juta dong (RM790) hingga 10 juta dong (RM1,581).
“Kalau memaksa anak belajar dikira satu kesalahan, saya mungkin terpaksa jual rumah untuk bayar denda,” kata Thao, 35, dari Hanoi.
“Dia menangis sebab nak tidur, saya pula akhirnya menjerit seperti harimau,” tambahnya.
Sementara itu, di Wilayah Nghe An, seorang lagi ibu, Nguyen Hanh Phuc, 34, berkata anak perempuannya lebih gemar bermain dan kerap mengadu sakit kepala setiap kali tiba waktu belajar.
“Kalau dia tahu tentang undang-undang ini, mungkin dia akan berpura-pura pengsan dan telefon polis untuk lapor saya,” selorohnya.
Pakar pendidikan dan penulis buku Can I Just Throw My Kid Away?, Dr Cherry Vu yang kini menetap di New Zealand berkata, walaupun peraturan itu nampak keras, ia sebenarnya bertujuan mencegah penderaan emosi akibat tekanan akademik yang melampau.
“Ramai ibu bapa tidak berniat untuk mencederakan anak mereka. Namun tanpa sedar, kasih sayang yang disalurkan melalui tekanan dan harapan boleh berubah menjadi beban berat buat anak-anak,” jelasnya.
Peraturan baharu ini turut mencetuskan perbincangan luas dalam kalangan pendidik dan ibu bapa di Vietnam, yang kini menilai semula keseimbangan antara kasih sayang, disiplin dan tekanan dalam dunia pendidikan anak-anak.
Baca juga: Jadual Penuh Peperiksaan Bertulis STAM 2025 Diumumkan, Bermula 12 Hingga 24 November
Sumber: VN Express
