Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Pajeri Terung Serba-Serbi Cukup Rasa, Hidangan Wajib Di Meja Kenduri Orang Kampung!

pajeri terung

Pajeri terung adalah antara lauk kampung yang sentiasa jadi kegemaran ramai, terutama bila disajikan panas-panas bersama nasi putih.

Kuahnya yang pekat berempah, ditambah dengan rasa lemak santan dan sedikit manis gula Melaka, menjadikan hidangan ini cukup istimewa. Apatah lagi jika digandingkan dengan telur dadar atau ikan goreng, memang bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Baca juga: Sup Kaki Ayam Teknik 5:30:7 Jimat Gas & Cepat Lembut, Ramai Sudah Cuba Memang Menjadi

RESIPI PAJERI TERUNG, LAUK KAMPUNG KESUKAAN RAMAI!

pajeri terung

Gambar Lizawati Suradi

Resipi ini dikongsikan oleh Lizawati Suradi yang gemar memasak lauk tradisional. Pajeri terung bukan sekadar hidangan biasa, tetapi juga membangkitkan nostalgia dapur kampung dengan aroma tumisan rempah dan daun kari yang memikat selera.

Bahan-bahan:

  • 5 biji Terung dibelah 2
  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sudu udang kering
  • 3 sekawan
  • Sepeket kecil rempah kari daging
  • Daun kari
  • Sepeket kecil kerisik
  • Gula melaka
  • Santan

Cara-cara:

  1. Goreng terung separuh masak.
  2. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
  3. Tumiskan bahan kisarm, rempah kari, daun kari dan 3 sekawan sampai garing dan wangi.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak dan garing, masukkan terung, santan dan sedikit air.
  5. Biarkan mereneh guna api kecil.
  6. Masukkan gula melaka dan kerisik.
  7. Akhir sekali, semua bahan sudah sekata perasakan dengan garam dan perasa secukupnya supaya seimbang masin, lemak dan manis.

Baca juga: Jangan Terpedaya Kulit Cantik, Ini 7 Rahsia Pilih Buah Naga Manis Yang Penjual Tak Pernah Bagitahu!

Keistimewaan pajeri terung terletak pada kombinasi rasanya yang unik iaitu ada pedas dari cili, manis dari gula Melaka, lemak dari santan dan kerisik. Hidangan ini sesuai dijadikan menu utama atau lauk sampingan, sama ada ketika makan tengah hari atau malam.

Bagi penggemar masakan tradisional, resipi ini pasti mengingatkan anda pada air tangan ibu di kampung. Jadi, jika teringin lauk yang ringkas tapi penuh rasa, cubalah pajeri terung resipi ini. Pasti buat satu keluarga tersenyum puas ketika makan bersama.

Baca juga: Mee Kuah Turun-Temurun Yang Istimewa, Umur Abah Sudah Masuk 72 Tahun Baru Dapat Resipi!

Sumber: Lizawati Suradi

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×