Euforia Bola 2026
Inspirasi

Sekolah Seri Puteri Cipta Kegemilangan Di Pentas Antarabangsa, Juara Festival Orkestra Dunia!

sekolah seri puteri

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya mencipta sejarah apabila orkestra mereka, Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds), berjaya merangkul Anugerah Emas di Festival Orkestra Dunia ke-11 yang berlangsung di Vienna, Austria.

Kemenangan ini menjadi satu pencapaian membanggakan yang mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa melalui kekuatan muzik pelajar sekolah.

Baca juga: Impian Pemuda Nak Jejak Masjid Kristal Tercapai, Walaupun Berjahit 11 Luka Akibat Kemalangan

SEKOLAH SERI PUTERI RAIH EMAS DI PENTAS ORKESTRA ANTARABANGSA

sekolah seri puteri

Gambar: Instagram @spwindsofficial

Pencapaian luar biasa ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap bakat dan persembahan mereka. Ia juga menjadi simbol ketabahan, disiplin dan semangat luar biasa 66 orang pelajar yang bertungkus-lumus mempersiapkan diri ke pentas dunia.

“Ini bukan sekadar kemenangan dalam muzik, tetapi juga bukti ketabahan, disiplin dan semangat luar biasa pelajar kami.

“Melihat mereka mengharumkan nama negara di pentas dunia adalah detik yang tidak akan kami lupakan,” Julaila Yahya, Pengetua Sekolah Seri Puteri.

Anugerah berganda, konduktor juga dinobat terbaik

Lebih manis, konduktor orkestra tersebut, Raja Muzafar Shah, turut dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik dalam festival yang berlangsung dari Rabu hingga Sabtu lalu.

SPWinds yang terdiri daripada pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun menyertai kategori Remaja bagi Orkestra Alat Muzik Tiupan dan Brass.

Mereka mempersembahkan dua karya istimewa iaitu Amana oleh Hiroaki Kataoka dan sebuah komposisi tempatan berjudul Rai dan Tari oleh Yeo Chow Shern yang berjaya memikat juri antarabangsa.

Baca juga: Dibesarkan Ibu Tunggal Penoreh Getah, Anak Kaum Jakun ‘4 Flat’ STPM Bakal Ke Universiti Manchester!

Tradisi bertemu prestij di pentas ikonik dunia 

sekolah seri puteri

Gambar: Instagram @spwindsofficial

Lebih membanggakan, selain pertandingan, SPWinds juga diberi peluang mempersembahkan budaya tempatan melalui lagu-lagu tradisional Melayu seperti Cindai, Wau Bulan dan Umpan Jinak Di Air Tenang di empat konsert sepanjang festival berlangsung.

Festival berprestij ini mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Seni dan Budaya Austria dan Universiti Muzik dan Seni Persembahan Vienna, serta menghimpunkan lebih 20 orkestra dari 10 buah negara.

Antara lokasi persembahan yang menjadi impian ramai pemuzik profesional ialah Wiener Musikverein (Golden Hall), House of Strauss dan MuTh Concert Hall, tempat di mana SPWinds berjaya meninggalkan jejak Malaysia dengan penuh megah.

Kejayaan SPWinds membuktikan bahawa dengan latihan, semangat berpasukan dan sokongan moral serta profesional yang mantap, pelajar Malaysia mampu menyaingi yang terbaik di peringkat global.

Ia bukan sekadar cerita tentang muzik, tetapi tentang cita-cita, usaha dan cinta terhadap budaya.

Ini juga menjadi bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan seni mampu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Baca juga: 10 Adik-Beradik Tukang Sendiri, DIY Satu Rumah Mak Ayah Mereka & Hasilnya Buat Mata Tak Berkelip!

Sumber: Berita Harian

FT Image: Instagram @spwindsofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×