Jauhi maksiat merupakan salah satu perintah Allah SWT sejak dari zaman kenabian lagi. Namun, lain pula yang berlaku sekarang ini yang mana ia dapat dilihat secara terang lagi bersuluh di media massa.
Di mana, perbuatan orang awam yang menyokong atau ‘ship’ hubungan pasangan yang belum berkahwin semakin berleluasa. Lebih-lebih lagi, terhadap figura yang dikenali ramai. Ikuti nasihat yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi seperti di bawah.
Baca juga: Rupanya Ada 2 Jenis Keberkatan BESAR Dalam Waktu Sahur, Jangan Terlepas Untuk ‘Rebut’!
JAUHI MAKSIAT

Gambar Ilustrasi: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
JANGAN NORMALISASIKAN MAKSIAT
1. Jangan menormalisasikan perkara yang dilarang Allah SWT
Bagi yang belum berkahwin, janganlah pula kita menormalisasikan perkara yang dilarang oleh Allah. Bertepuk tampar sesama pasangan yang belum mempunyai sebarang hubungan yang sah adalah dicegah dalam Islam.
2. Amaran keras Rasulullah SAW kepada pasangan bercinta
Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta, namun mereka seronok berpegangan tangan. Sabda Rasulullah:
لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ
“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani)
Baca juga: Hukum Melakukan Onani (Melan***) Di Siang Hari Ramadan, Boleh Terbatal Puasa Ke?
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
3. Jangan tunjuk contoh bercanggah perintah Allah SWT
Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah.
Sekiranya perbuatan melakukan maksiat ini diikuti oleh anak muda yang lain, maka dia akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu. Sabda Rasulullah:
وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا ، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat dalam Islam, lalu diikuti oleh orang yang lain, maka akan ditulis baginya dosa bagi orang yang melakukan perbuatan tadi, tidak berkurang sedikit pun dari dosa tersebut.” (HR Muslim)
4. Jangan tunjuk sokongan kepada perbuatan yang bertentangan syarak
Bagi orang awam pula, janganlah menunjukkan sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Jangan pula kita berkongsi dan turut menyebarkan kerosakan ini. Malah kerosakan yang disenyapkan ini mengundang azab Allah. Sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tidak ada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya.” (HR Abu Daud)
Semoga Allah membimbing kita.
Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
FT Image: Dr. Ahmad Sanusi Azmi / Freepik
