Bau mulut sering dianggap perkara sensitif dalam hubungan, terutama antara pasangan suami isteri. Ramai yang beranggapan bahawa mulut berbau, terutama selepas bangun tidur, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Namun, berbeza pula dengan pengalaman seorang wanita ini, yang bersyukur kerana dikurniakan suami dengan bau mulut yang bukan sahaja tidak busuk, malah wangi dan menenangkan.
Baca juga: “Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!
OBSES BAU MULUT SUAMI YANG WANGI

Gambar: Tangkap layar dari hantaran wanita tersebut di media sosial Thread.
Dalam satu hantaran di media sosial Thread, wanita itu berkongsi rasa pelik namun gembira apabila setiap pagi, selepas suaminya bangun tidur, dia dapat menghidu bau mulut yang menurutnya sangat sedap dan “macam bayi tapi versi besar”.
“Saya sahaja ke yang suka hidu bau mulut suami bangun tidur? Dia punya bau tu sedap sangat macam bayi tapi versi besar hahaha. Tak bau busuk macam bau bangun tidur pun sumpah!” katanya.
Bau wangi selepas tidur: Kebetulan atau Amalan?
Menurut wanita itu lagi, dia sendiri tidak pasti apakah rahsia di sebalik nafas wangi suaminya. Walaupun tiada rutin penjagaan khusus yang diamalkan, dia mengesyaki bahawa tabiat suaminya yang gemar minum air masak mungkin memainkan peranan.
“Saya tengok sama sahaja macam kita gosok gigi mungkin sebab dia suka minum air masak. Entah lah tapi tak ada spesifik rutin pun,” ujarnya.
Ramai isteri ‘Jealous’, tapi ada yang faham
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial, khususnya dalam kalangan para isteri yang mengaku teruja dan ada juga yang cemburu dengan pengalaman yang serupa atau sebaliknya.
“Eh sama lah. Saya ingat saya pelik tau, tapi memang sedap pun bau mulut suami saya. Lagi-lagi kalau dia tidur, saja je dekatkan hidung dekat mulut sebab bau tak busuk pun. Sedap bau sama macam ketiak. Plus, sebab dia tak merokok kot tapi memang sedap baunya.
“Sedap sumpah sedap! Macam saya belum ada anak lagi kan, ya Allah suami saya ini macam bayi dah tau versi bayi besar.
” Anda tidak keseorangan. Saya pun kadang macam addicted wei dengan bau mulut suami sendiri. Dah la gigi cantik elok pula hembusan nafas wangi berseri. Kitanya insecure even buat scailing 3-6 months.
“Apa lah doa korang ini dapat suami mulut tak berbau haha. Mesti tiptop kebersihannya, mulut sendiri pun belum tentu wangi huhu,” antara kisah menarik yang ditinggalkan para isteri di hantaran tersebut.
Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!
Walaupun topik ini kedengaran lucu dan manis, ia secara tidak langsung menekankan betapa pentingnya kebersihan mulut dalam hubungan rumah tangga.
Masalah bau mulut boleh menjejaskan keintiman dan keselesaan pasangan, manakala nafas segar dan gigi bersih mampu memberi kesan positif dalam hubungan jangka panjang.
Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!
Sumber: Threads
FT Image: Freepik
