Euforia Bola 2026
Famili

Nurul Nazla Ditemui Dalam Keadaan Selamat, Kembali Ke Pangkuan Suami Di Wad Hospital Shah Alam

NURUL NAZLA

Kebimbangan ahli keluarga berhubung kehilangan Nurul Nazla Abd. Halim, 41 selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam (HSA) sejak Sabtu akhirnya terjawab apabila dia ditemui dalam keadaan selamat pada ahad.

Difahamkan, wanita berkenaan hadir semula ke hospital tersebut bagi menemui suaminya kira-kira jam 6.30 petang.

Baca juga: Kegembiraan Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Kembar Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kolam Renang!

NURUL NAZLA DITEMUI SELAMAT, KEMBALI PADA SUAMI DI HSA

NURUL NAZLA

Adik mangsa, Nurul Nadia, 39, berkata, berita penemuan kakaknya itu dimaklumkan oleh abang iparnya kepada ahli keluarga.

“Syukur Alhamdulillah, kakak saya selamat dan telah muncul di wad hospital petang tadi. Buat masa ini, kami sekeluarga tidak mengetahui ke mana dia pergi sebelum ini dan memilih untuk memberi ruang kepadanya,” katanya.

Menurut Nurul Nadia, pihak keluarga turut memaklumkan perkara tersebut kepada polis dan telah diminta untuk hadir bagi menarik balik laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini.

NURUL NAZLA

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan kakak saya,” tambahnya.

Sebelum ini, polis memaklumkan bahawa Nurul Nazla dipercayai meninggalkan HSA sekitar jam 2 petang selepas melawat suaminya yang sedang dirawat, dengan kali terakhir berhubung menerusi aplikasi WhatsApp pada kira-kira jam 3 petang hari yang sama.

Baca juga: Cikgu Bongkar 5 Punca Anak Gagal Dapat Tawaran PKSK, WAJIB Baca Dulu Sebelum Buat Rayuan!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×