Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Perempuan Ini Terima Nota Lucah Bawah Meja Kelas, Netizen Gesa Sekolah Ambil Tindakan!

MESEJ LUCAH

Satu perkongsian di Threads oleh pengguna Meyyooniss mencetuskan kebimbangan ramai selepas dia mendakwa menemui sekeping kertas mengandungi mesej lucah yang disorokkan di bawah sebuah meja di dalam kelas.

Lebih mengejutkan, kertas tersebut mengandungi kata-kata berunsur seksual yang eksplisit serta unsur ugutan terhadap seorang individu.

Baca juga: Pilih Solat Awal Waktu Atau Tunggu Pasangan Untuk Berjemaah.. Yang Mana Satu Afdal Dalam Islam?

JUMPA NOTA MESEJ LUCAH BAWAH MEJA KELAS

MESEJ LUCAH

“Unexpected jumpa benda ni bawah meja kelas,” jelasnya.

Walaupun tidak diketahui siapa penulisnya atau bila nota mesej lucah berkenaan ditinggalkan, penemuan itu mencetuskan perbincangan mengenai isu gangguan seksual dan pendedahan kandungan tidak sihat dalam kalangan pelajar.

Di ruangan komen, ramai warganet menegaskan bahawa perkara seperti ini tidak seharusnya dianggap sebagai gurauan semata-mata.

Seorang pengguna berkata, kes seumpama itu sudah lama berlaku, namun sering kali tiada tindakan susulan diambil terhadap pelaku.

“This is not funny and very concerning. Dari dulu kes macam ni jadi tapi tak ada tindakan susulan. Kita biarkan pelaku tanpa rawatan atau intervensi, sedangkan mereka mungkin menganggap perbuatan itu tidak salah. Apa yang menghalang mereka daripada mengulangi perkara sama kepada mangsa lain?” jelasnya.

Seorang lagi turut menggesa agar ibu bapa tidak memandang ringan isu tersebut dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pihak sekolah gagal mengambil tindakan sewajarnya.

“Don’t take this as a joke. Tolong desak ibu bapa untuk buat laporan polis jika perkara ini tidak diambil serius,” komen pengguna media sosial.

Dalam masa sama, seorang pengguna yang bercita-cita menjadi guru berkongsi pengalaman pernah menerima nota lucah ketika masih bersekolah. Menurutnya, ketika itu tiada siasatan atau tindakan diambil sehingga meninggalkan kesan emosi yang mendalam.

MESEJ LUCAH

Katanya, pengalaman tersebut menjadi antara sebab beliau mahu menjadi seorang pendidik yang lebih peka terhadap isu gangguan seksual di sekolah.

Dia  turut menyeru agar guru-guru memberi perhatian serius sekiranya pelajar melaporkan kejadian seumpama ini dan tidak menganggapnya sebagai kenakalan biasa.

Perkongsian tersebut membuka mata ramai bahawa penulisan berunsur seksual, ugutan atau gangguan terhadap rakan sebaya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Selain memberi kesan kepada emosi mangsa, ia juga boleh menjadi petanda perlunya intervensi awal terhadap pelaku.

Orang ramai berharap semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan pihak berkuasa dapat bekerjasama memastikan setiap aduan berkaitan gangguan seksual di sekolah disiasat dengan teliti demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat untuk semua pelajar.

Baca juga: Ibu-Ibu Kongsi Tips Basuh Baju Sekolah Anak, Kotoran Degil & Bau Hapak Hilang Sekelip Mata!

Sumber: Threads Meyyonis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×