Euforia Bola 2026
Nur

Pengebumian Jenazah Muslim Dibantu Saudara Bukan Islam, Apa Ia Dibolehkan? Ini Jawapan Mufti!

pengebumian jenazah

Pengebumian jenazah adalah antara perkara penting dalam Islam yang tergolong sebagai fardu kifayah. Ia bukan sekadar urusan fizikal, tetapi melibatkan adab, hukum dan panduan syarak yang mesti dipatuhi oleh umat Islam.

Namun, dalam situasi tertentu timbul persoalan, bolehkah orang bukan Islam turut serta membantu menguruskan jenazah seorang Muslim?

Baca juga: “Tak Salah Mereka Turut Serta,” Penjelasan Mufti Tentang Hukum Wanita Sertai Misi Flotila G4z4

NON-MUSLIM BANTU PENGEBUMIAN JENAZAH ORANG ISLAM

pengebumian jenazah

Gambar oleh Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, orang bukan Islam boleh membantu dalam pengurusan pengebumian jenazah orang Islam.

  • Dari perspektif maqasid syariah, memandikan jenazah bertujuan untuk membersihkan jasad si mati.
  • Dari sudut ibadat pula, tuntutan tersebut hanya tertakluk kepada individu yang melaksanakan mandi, bukan kepada jenazah itu sendiri.

Bagi jenazah, matlamat utama hanyalah pembersihan jasad tanpa melibatkan ibadat khusus. Justeru, dari segi hukum, ulama membenarkan orang bukan Islam memandikan jenazah Muslim kerana tujuan yang ditekankan adalah aspek kebersihan semata-mata.

Walau bagaimanapun, sebaiknya keutamaan diberi kepada orang Islam yang mahir dan ahli keluarga kerana terdapat tatacara amalan wajib dan sunat ketika pengurusan pengebumian seperti doa, menghadap kiblat dan adab-adab tertentu.

Baca juga: Isteri Tak Teman Suami Makan, Dosa Ke? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

pengebumian jenazah

Gambar oleh Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Huraian jawapan

Pengurusan jenazah seperti mandi, solat, kafan dan pengebumian adalah fardu kifayah.

Ini bermaksud jika sudah dilaksanakan oleh seorang Muslim, maka gugurlah kewajipan daripada orang lain. Namun, jika tiada seorang pun yang menguruskannya, semua ahli qariah akan berdosa.

Imam al-Nawawi menegaskan dalam karyanya bahawa memandikan, mengkafankan, menyolatkan dan mengebumikan jenazah adalah fardu kifayah tanpa ada khilaf.

Antara perkara wajib dalam pengebumian ialah:

  • Jenazah mesti ditanam supaya tidak mengeluarkan bau dan terhindar daripada dimakan binatang.
  • Jenazah dibaringkan di atas lambung kanan dan muka menghadap kiblat.

Dari segi keutamaan, yang lebih berhak menguruskan jenazah ialah ahli keluarga terdekat mengikut turutan: suami (jika jenazah wanita), ayah, datuk, anak, cucu, saudara kandung, anak saudara dan seterusnya.

Pandangan ulama tentang bantuan orang bukan Islam 

Dalam mazhab al-Syafi’i, Islam tidak dijadikan syarat mutlak bagi mereka yang membantu menguruskan jenazah Muslim. Imam al-Syamsuddin al-Ramli menyebut bahawa tidak wajib berniat ketika memandikan jenazah, cukup sekadar meratakan air ke seluruh anggota badan.

Jika orang bukan Islam memandikan jenazah Muslim, maka sah mandian tersebut kerana tujuannya hanyalah untuk membersihkan. Begitu juga dengan proses mengkafan dan mengebumikan, kerana ia bersifat fizikal bukan ibadat khusus yang memerlukan niat.

Baca juga: Bila Terserempak Makhluk Halus Dalam Tandas, Jangan Azan Tapi Baca Doa Ini Baru Tepat!

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×