Pendakwah bebas, PU Syed menyelar keras tindakan seorang lelaki yang menjadikan neraka sebagai bahan jenaka dalam kandungan media sosial miliknya.
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, tindakan individu tersebut yang berasal dari negara jiran jelas merupakan satu penghinaan terhadap ajaran Islam, apabila menjadikan tempat azab yang dijanjikan Allah SWT itu sebagai elemen hiburan.
Baca juga: Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan, Anak Sulung Ceritakan Detik Ngeri Ketika Kenderaan Terjunam Gaung
NERAKA BUKAN BAHAN JENAKA

Tangkap layar video dari Instagram PU Syed.
“Ada seorang individu dari negara seberang melakukan ‘content’ konon-konon berada di dalam neraka.
“Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam neraka,” katanya menerusi sebuah video di media sosial rasminya.
Beliau menegaskan, umat Islam sepatutnya memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan daripada azab neraka, bukannya mempergunakannya sebagai bahan kandungan yang bersifat satira atau sindiran.
“Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian rupa. Dan dia menyatakan neraka itu seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya.
“Tetapi hakikatnya neraka ini adalah tempat tidak terperi azabnya kepada orang derhaka kepada Allah SWT,” tegas beliau lagi.
Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah
PU Syed turut menggesa pihak berkuasa Indonesia agar mengambil tindakan terhadap individu terbabit yang turut disifatkannya sebagai menghina kitab suci al-Quran.
“Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut. Mungkin dia kurang waras, kalau begitu berikan rawatan.
“Tapi jika dia orang Islam, kenakan tindakan kerana menghina kitab Allah. Jika dia kafir, tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya,” katanya.
Baca juga: PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung, Hukumnya Haram “Islam Larang Walau Suami Reda”
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif terbaru, Veo 3, bagi menghasilkan visual dirinya seolah-olah berada di dalam neraka.
Kandungan itu menerima kecaman meluas dalam kalangan warga maya yang menganggapnya sebagai tidak sensitif terhadap isu keagamaan.
Baca juga: Rawat Sambil ‘Travel’? Malaysia RAJA Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia!
Sumber: Instagram @pusyed_official
FT Image: Instagram @pusyed_official
