Euforia Bola 2026
Percutian

10 Nama Tempat Pelik Tapi Wujud, Kampung Bogel & Batang Berjuntai Antara Yang Popular

nama tempat

Nama tempat di Malaysia bukan sahaja unik, malah ada yang kedengaran pelik sampai buat kita tergelak bila mendengarnya. Ada yang berasal daripada kisah benar, ada juga yang datang daripada salah sebutan atau peristiwa lama yang akhirnya kekal jadi nama rasmi sesuatu kawasan.

Paling menariknya, setiap nama pelik ini ada cerita tersendiri di sebaliknya. Dari kisah imam yang lapar, kampung dengan nama mencuit hati, sehinggalah tempat yang bunyinya macam mitos. Semuanya menjadikan Malaysia lebih berwarna dengan keunikan budaya dan sejarah tempatan!

Baca juga: Risau Nak Makan Sampai Ikat Perut? Wajib Baca 6 Tip Rancang Makanan Halal Ini Sebelum Bercuti ‘Overseas’!

10 NAMA TEMPAT SANGAT UNIK DI MALAYSIA

1. Kampung Imam Lapar, Terengganu

nama tempat

Ada cerita menarik mengenai tempat ini. Di mana, dua pedagang jumpa imam tengah menghafaz Quran sampai tak perasan panggilan lapar.

Sampai sekarang, tempat itu dikenali sebagai Kampung Imam Lapar. Memang kelakar tapi nyata wujud!

2. Jalan Microwave Station, Sabah

nama tempat

Kalau memandu antara Kota Kinabalu ke Sandakan, anda akan nampak papan tanda “Jalan Microwave Station”. Nama ini datang sebab jalan tersebut menghala ke menara komunikasi atas bukit.

Terus mood sci-fi!

3. Kampung Bogel, Terengganu

nama tempat

Nama kampung ini memang buat orang senyum awal. Betul, ada Kampung Bogel di Hulu Besut.

Walaupun dah ditukar nama kepada Kampung Beliku lebih 20 tahun lepas, penduduk tetap panggil nama lama. Mungkin kerana ada nostalgia, kan?

4. Desa Temu Jodoh, Johor

nama tempat

Kalau nak cari jodoh, mungkin inilah tempatnya! Desa ini dinamakan sempena majlis perkahwinan serentak 24 pasangan peserta Rancangan Tanah Muda. Memang sesuai dengan nama dia.

5. Kampung Atas Tol, Terengganu

kg atas tol

Nama dia unik sikit. Bukan atas jalan tol tapi “Atas Tol” berasal daripada sebutan ‘atas tu’, tempat yang disebut orang dulu-dulu bila merujuk kawasan gersang. Lama-lama jadi Kampung Atas Tol.

Baca juga: 7 Destinasi ‘Healing’ Di Malaysia Yang Bukan Sahaja Cantik Tapi Ada Sumber Air Mineral Semula Jadi

6. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

nama tempat

Jangan salah faham. Penajis ini asalnya daripada nama peneroka, Datuk Najuh.

Nama asal Kampung Penajuh dan versi lain ialah Penajeh (dari bahasa Sanskrit: tajeh bermaksud mahkota).

7. Mambang Di Awan, Perak

mambang awan

Nama ini berbaur mitos kerana dikaitkan dengan kisah mambang atau bidadari turun dari Gunung Bujang Melaka. Atau mungkin pelombong bijih timah yang penat ternampak siluet di awan.

Fuhhh mistik habis!

8. Kampung Dada Kering, Pahang

kampung dada kering

Kampung ini dulu tapak lombong emas. Bila lombong ditutup dan diisi air, jadi macam ladang air segar. Tapi nama “Dada Kering” tetap melekat sebagai kenangan masa lalu.

9. Batang Berjuntai, Selangor

batang berjuntai

Nama dia memang buat orang teruja sebab “batang berjuntai” ada konotasi lain. Tapi sebenarnya tempat ini pernah wujud sebelum ditukar kepada Bestari Jaya.

Dah bertukar tapi nostalgia nama tetap ada.

10. Menggatal

pekan menggatal

Walaupun bunyinya macam ‘gatal’, ini nama kawasan di Sabah yang berasal daripada pokok mangga yang buahnya boleh buat gatal bila dimakan. Dari “Mangga Gatal” lama-lama jadi “Menggatal”.

Kreatif betul!

Baca juga: Dah Sampai Jepun Tapi Masih Ragu-Ragu Nak Makan Apa, Ini Pilihan Makanan Halal & Organik Boleh Cari Di Sana!

Sumber: Iluminasi

FT Image: Iluminasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×