Euforia Bola 2026
Famili

JPN Dedah Nama Melayu Lama Seperti Husain Makin Dilupakan, Hanya Terima 27 Pendaftaran Sahaja!

NAMA MELAYU LAMA

Nama melayu lama seperti Kamarudin, Baharudin, Abdullah, Kassim, Osman, Husain, Mustapha dan Karim kini semakin jarang dipilih sebagai nama bayi pada era masa kini.

Nama Melayu tradisional yang suatu ketika dahulu cukup sinonim dalam kalangan masyarakat tempatan dilihat semakin tersisih apabila ibu bapa moden cenderung memilih nama yang lebih segar dan kontemporari untuk anak-anak daripada Generasi Z (Gen Z) dan Generasi Alpha.

Baca juga: “Doakan Anak Saya” – Diana Danielle Kongsi Keadaan Muhammad, Muka Tiba-Tiba Lumpuh & Tak Boleh Sebut M,B&P

NAMA MELAYU LAMA SEPERTI HUSAIN JARANG DIGUNAKAN

NAMA MELAYU LAMA

Freepik

Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan beberapa nama klasik ini mencatatkan jumlah pendaftaran yang sangat rendah berbanding nama moden, sekali gus mencerminkan perubahan citarasa masyarakat terhadap pemilihan nama anak.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias memaklumkan bahawa penggunaan nama tunggal dan nama lama mengalami penurunan ketara, khususnya bagi bayi yang lahir selepas tahun 2000.

Menurut beliau, trend semasa memperlihatkan kecenderungan ibu bapa menggabungkan nama lama dengan nama baharu atau memilih sepenuhnya nama moden yang lebih ‘global’.

“Perubahan ini dipengaruhi oleh arus zaman dan gaya penamaan terkini. Ibu bapa kini lebih gemar menggunakan nama yang kedengaran moden, termasuk menukar ejaan asal atau mengadaptasi nama antarabangsa.

“Bagaimanapun, JPN tidak menjalankan kajian khusus berkaitan kepupusan nama lama. Peranan utama kami adalah mendaftar dan merekodkan nama yang dipilih ibu bapa,”ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa JPN bersikap terbuka terhadap pilihan nama selagi ia tidak bercanggah dengan garis panduan atau membawa maksud negatif.

“Walaupun ibu bapa mahu menamakan anak dengan nama yang luar biasa sekalipun, selagi tidak melanggar peraturan dan tidak membawa makna buruk, pendaftaran tetap akan dibuat,” jelasnya.

Berdasarkan data carian JPN, antara nama lama yang semakin kurang digunakan termasuk Husain dengan 27 pendaftaran, Baharudin (53), Mustapha (56), Hussein (64), Kamarudin (65), Kassim (118), Karim (135) dan Osman (279).

Namun begitu, nama Muhammad dan Nur masih kekal sebagai pilihan paling popular dan terus mendominasi jumlah pendaftaran di seluruh negara.

NAMA MELAYU LAMA

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, ibu bapa masa kini lebih cenderung memilih ejaan moden bagi nama klasik, seperti Zahra yang diubah menjadi Zara, Hafiz kepada Hafeez serta Amir kepada Ameer atau Amer.

Selain itu, nama seperti Noah, Mikael, Adam, Aryan, Zayn, Rayyan, Sofia, Inara, Alessa, Maryam, Hanna dan Aurora turut menjadi antara pilihan utama ibu bapa.

“Walaupun trend penamaan semakin moden, Muhammad dan Nur masih mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2024 hingga 2025.

“Ini kerana nama tersebut melambangkan identiti, tradisi serta nilai agama yang masih kukuh dalam masyarakat,” katanya.

Rekod JPN menunjukkan sepanjang tempoh itu, nama Muhammad didaftarkan sebanyak 6,603 kali, manakala Nur pula mencatatkan 3,926 pendaftaran.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa JPN pernah merekodkan nama terpanjang mengandungi 13 patah perkataan, manakala nama paling ringkas hanya terdiri daripada satu perkataan sahaja.

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 2027 Dibuka Online Bermula 15 Februari, Anak Lahir 2 Januari-31 Disember 2021 Layak Daftar

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×