Euforia Bola 2026
Famili

Viral 4 Beradik Diberi Nama Volvo, Nissan, Audi & Mercedes… Semuanya Sebab Ayah ‘Gila’ Kereta!

NAMA LUAR BIASA

Seorang wanita mendedahkan identiti sebenar ahli keluarganya yang memiliki nama luar biasa dan jarang didengar. Kisah ini bermula daripada akaun TikTok @mochichiou yang berkongsi bagaimana ibu bapanya menamakan anak-anak mereka sempena jenama kereta terkenal dunia sebagai identiti seumur hidup.

Baca juga: “Saya Tukar Cadar, Vakum & Kemas Rumah Sejak Kahwin” – Faizal Hussein Dedah Cara Luah Kasih Sayang Pada Isteri

AYAH PILIH NAMA LUAR BIASA UNTUK ANAK. NISSAN, AUDI & MERCEDES

NAMA LUAR BIASA

Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun memaparkan kad pengenalan empat beradik yang masing-masing mempunyai nama luar biasa tetapi cukup ‘familiar’ di kalangan peminat automotif. Gambar-gambar kad pengenalan itu segera mencuri perhatian ramai di media sosial.

Anak sulung, seorang lelaki yang berkhidmat dalam tentera, dikenali sebagai Volvo. Tidak kurang menarik, tiga adik perempuannya pula masing-masing dinamakan Nissan, Audi dan yang paling bongsu, Mercedes.

Keunikan nama ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang berseloroh mengatakan si bapa mungkin peminat tegar dunia automotif atau seakan-akan mahu ‘membina showroom sendiri’ melalui nama anak-anaknya.

Perkongsian tersebut meraih lebih 5.1 juta tontonan dan dibanjiri pelbagai komen daripada warganet. Cerita di sebalik empat beradik dengan nama jenama kereta ini akhirnya dikongsi dengan lebih lanjut oleh si bongsu, Mercedes Salzabilla.

Remaja berusia 18 tahun dari Tangerang itu, yang mesra dipanggil Cedes atau Salza, mendedahkan bahawa perhatian luar biasa itu sebenarnya berlaku tanpa dirancang.

Menurutnya, segalanya bermula apabila dia memuat naik video berkaitan pendidikan. Tanpa disangka, video tersebut menjadi tular bukan kerana kandungannya, tetapi kerana ramai yang tertarik dengan namanya.

“Pada awalnya saya muat naik video mengenai SNBP. Tapi tak sangka pula ramai yang ‘tersasar fokus’ kepada nama saya. Sebelum ini akaun itu sekadar akaun peribadi untuk isi masa lapang,” katanya.

NAMA LUAR BIASA

Melihat keterujaan warganet yang ingin tahu tentang namanya, Salza kemudian tampil memperkenalkan ahli keluarganya yang lain. Tidak disangka, respons yang diterima jauh lebih meriah daripada jangkaannya apabila nama unik adik-beradiknya menjadi faktor utama yang membuatkan kandungannya tular hingga ke pelbagai platform media sosial lain.

“Memang nama dalam keluarga saya yang buat video tu ‘meletup’. Setakat ini tontonan dah cecah sekitar 5 juta, dengan lebih 400,000 tanda suka dan 13,000 komen. Malah video tu juga banyak dikongsi semula di Instagram dan platform lain,” kongsinya.

“Tak ada maksud khas pun. Mungkin sebab ayah memang minat dunia automotif, jadi nama-nama itu diambil daripada situ,” jelasnya.

Baca juga: “Dia Uruskan Semua Walau Bukan Wali…” Kisah Abang Ipar 21 Tahun Jaga Adik-Adik Arwah Isteri Buat Ramai Tersentuh

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×