Pernah tak terfikir kalau hari nama hari Ahad, Isnin atau Jumaat sebenarnya mempunyai panggilan lain dalam bahasa Melayu zaman dahulu?
Mungkin ramai tak tahu, nama hari dalam Bahasa Melayu Purba atau Bahasa Melayu Klasik rupa-rupanya cukup unik dan mempunyai makna tersendiri yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat terdahulu.
AHAD HINGGA SABTU, INI NAMA HARI DALAM BAHASA MELAYU PURBA

Tangkap layar TikTok @jaripetak2
Dalam dunia yang semakin moden, banyak istilah lama semakin tenggelam ditelan zaman. Sedangkan Bahasa Melayu klasik bukan sekadar alat komunikasi, tetapi turut menjadi cerminan pemikiran, budaya dan kehalusan budi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @jaripetak2, seorang lelaki dikenali sebagai Aki Aji berkongsi panggilan unik bagi tujuh hari dalam seminggu yang dipercayai digunakan dalam konsep Melayu Purba.
Aki Aji difahamkan mengendalikan Galeri Aki Aji di Kampung Chepor, Lenggong dan sering mengetengahkan perkongsian berkaitan budaya serta warisan Melayu Purba.

Gambar hiasan: Gemini AI
Unik, ini nama hari dalam bahasa Melayu purba
Kalau selama ini kita biasa menyebut Ahad, Isnin atau Jumaat, rupanya setiap hari mempunyai panggilan tersendiri dalam Bahasa Melayu Purba.
- Ahad = Sepungguk: Hari Ahad dikenali sebagai sepungguk, diibaratkan seperti pungguk yang merindukan bulan. Ia menggambarkan perasaan seseorang yang menantikan waktu rehat atau cuti hujung minggu.
- Isnin = Cemuran: Hari Isnin pula dipanggil cemuran.
- Selasa = Kejora: Hari Selasa, ia dikenali sebagai kejora yang dikaitkan dengan cahaya bintang.
- Rabu = Payang: Hari Rabu pula disebut sebagai payang.
- Khamis = Matsilau: Hari Khamis dikenali dengan panggilan matsilau.
- Jumaat = Rimpun: Hari Jumaat disebut sebagai rimpun yang membawa maksud berhimpun atau berkumpul.
- Sabtu = Sejana: Hari Sabtu pula dipanggil sejana.
Memang unik, kan? Malah ramai juga yang mengakui baru pertama kali mendengar istilah-istilah tersebut walaupun menggunakan Bahasa Melayu setiap hari.
Ramai tertarik, warga maya puji keindahan bahasa lama
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan keindahan Bahasa Melayu lama selain mengakui ilmu seperti ini semakin jarang dikongsikan.
“Klasik betul walau nama hari saja huhuhu. Sepungguk, sejana, serimpun, cemuras, kejora, payang, matsila,” tulis Izzah.
“Hmmm baru tahu bahasa Melayu lama ini agak beza dengan bahasa kita guna,” kata Daud.
“Boleh dipraktikkan hari-hari dalam Melayu lama dah ini,” komen Faridah.
Seorang lagi pengguna media sosial turut berkata, “Baru saya tahu, kita perlukan lebih banyak ilmu seperti ini supaya tidak lupa asal usul kita.”
“Tidak sia-sia saya mengikuti perkongsian ini, dapat mempelajari ilmu yang mungkin tidak diajar di tempat lain,” kata seorang lagi warga maya.
“Cantiknya Bahasa Melayu lama kita,” tulis seorang pengguna lain.
Sememangnya, perkongsian seperti ini sedikit sebanyak membuka mata ramai bahawa Bahasa Melayu lama mempunyai keunikan tersendiri dan wajar terus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman.
@jaripetak27 nama hari mengikut bahasa melayu purba♬ original sound – jaripetak2
Sumber: TikTok @jaripetak2
FT Image: Gemini AI
