Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Pemuda Kongsi 24 Nama Bunga Alam Melayu Ilham Untuk Namakan Anak “Indahnya Setiap Maksud…”

nama bunga

Nama bunga di Alam Melayu ternyata lebih kaya dan unik daripada yang ramai sangka. Daripada Siantan, Teratai, Anggerik hingga Mawar dan Kemboja, setiap bunga bukan sahaja indah dipandang, malah ada sejarah dan budaya tersendiri.

Dalam perkongsian TikTok oleh @dalifazuri, tersenarai 24 nama bunga yang biasa ditemui di rantau ini.

Baca juga: Seakan Ulam Raja, Rupanya Rumpai Berbahaya! Terus ‘Report’ Jabatan Pertanian Kalau Ternampak

24 NAMA BUNGA DI ALAM MELAYU

nama bunga

Gambar TikTok @dalifazuri

Perkongsian ini telah mencuri perhatian warga maya yang mengimbau kenangan lama. Ada yang berkongsi hasrat menamakan anak perempuan dengan nama bunga seperti Mawar, Melur, Kemboja, Cempaka atau Dahlia.

“Dari dulu berangan kalau ada anak perempuan, nak letak nama mawar, melur, kemboja, cempaka, atau dahlia. Tapi tulah bapaknya pun belum ada, hehehe,” komen Dila.

Ada juga yang terkejut apabila mengetahui bahawa Lotus yang mereka kenal sebenarnya dipanggil Seroja dalam bahasa Melayu.

“Ingat selama ini Teratai adalah Lotus, rupanya Lotus itu Seroja,” tulis Rafiq.

Selain itu, ramai yang baru sedar bahawa jenama terkenal seperti Magnolia dan Gardenia juga mengambil inspirasi daripada nama bunga tempatan. Perkara ini menimbulkan rasa kagum terhadap kekayaan bahasa Melayu dan budaya Alam Melayu dalam menamakan flora tempatan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sekolah dan kehidupan harian mereka, menyatakan betapa nama bunga ini enak didengar dan diingati, serta berharap generasi muda masih mengekalkan penghargaan terhadap nama-nama bunga ini dalam penggunaan harian dan budaya.

“Masa sekolah je banyak pakai nama-nama bunga ini. Sedap je semua nama. Harap mereka masih kekalkan,” komen Darny.

Dengan memahami dan mengenali nama bunga tempatan, kita bukan sahaja menghargai keindahan alam, tetapi juga mengekalkan warisan budaya yang telah diwarisi sejak turun-temurun.

Baca juga: 7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi

nama bunga

Gambar TikTok @dalifazuri

Berikut nama-nama bunga di Alam Melayu dikongsikan oleh Dali Fazuri untuk makluman pembaca:

  1. Siantan (Ixora)
  2. Teluki (Carnation)
  3. Teratai/Telepok (Water Lily)
  4. Seroja (Lotus)
  5. Anggerik (Orchid)
  6. Melati/Melur (Jasmine)
  7. Bakung (Lily)
  8. Mawar (Rose)
  9. Kemboja (Frangipani)
  10. Kemunting (Rose Myrtle)
  11. Kenanga (Ylang Ylang)
  12. Kekwa (Chrysanthemum)
  13. Cempaka (Magnolia)
  14. Kesidang (Bread Flower)
  15. Pakma (Rafflesia)
  16. Angsana (Rosewood)
  17. Keembong (Balsam)
  18. Mentiung (Gardenia)
  19. Kesumba (Safflower)
  20. Terigis (Violet)
  21. Semarak Api (Flamboyant)
  22. Bunga Widuri (Crown Flower)
  23. Bunga Tanjung (Spanish Cherry)
  24. Bunga Kertas (Bougainvillea)

Baca juga: 9 Langkah Tanam Bawang Putih Dalam Pasu, Hasilnya Dapat Bawang Cantik & Segar Gebu!

Sumber: TikTok @dalifazuri

FT Image: Freepik / TikTok @dalifazuri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×