Euforia Bola 2026
Hebahan

Nak Tukar Helmet Percuma & Beli Nombor Plat Murah? Ini Yang Menarik Di Karnival JPJ Batu Kawan!

Kalau anda tengah cari aktiviti hujung minggu, ini mungkin berita baik untuk anda.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menganjurkan Karnival Mega JPJ Madani bersempena ulang tahun ke-80 mereka dengan kerjasama Media Prima Berhad.

Karnival ini akan berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang dari 24 hingga 26 April 2026.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, pelbagai aktiviti disediakan bukan sahaja untuk hiburan, malah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

Antara yang paling menarik perhatian adalah program pertukaran helmet percuma melibatkan 5,000 unit.

“Sebanyak 5,000 topi keledar akan diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir dengan (mereka dikehendaki) membawa topi keledar lama.”

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi beberapa lagi aktiviti yang disediakan.

“Kita juga ada program advokasi, pameran kenderaan elektrik (EV) dan jualan nombor pendaftaran (kenderaan) secara diskaun 50 peratus.”

Bagi yang mencari nombor plat menarik, peluang ini mungkin sukar dilepaskan.

Aedy Fadly Ramli berkata:

“Hampir 50,000 nombor pendaftaran akan ditawarkan kepada pengunjung di karnival tersebut. Banyak lagi aktiviti menarik yang kita sediakan sepanjang tiga hari program.”

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa JPJ kini mempergiat penggunaan teknologi moden seperti dron dan sistem ANPR dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×