Euforia Bola 2026
Advertorial

Nak Tahu Kenapa Kena Bayar Cukai Tanah Awal? Abdul Watsapp Ada Jawapan!

Adakah anda ingat akan filem 3 Abdul yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon layar perak Malaysia, P. Ramlee? Mesti banyak babak-babak ikonik yang masih anda ingat, bukan?

Baru-baru ini, sebuah video parody satu adegan dalam drama tersebut telah menjadi perhatian orang ramai menunjukkan babak Abdul Watsapp (Zaidi) meminta persetujuan meminang anak Tuan Sadiq Siapsiaga (Bell Ngasri).

Dalam video tersebut, Abdul Watsapp flex hartanah miliknya kepada Tuan Sadiq Siapsiaga dan mengenakan syarat untuk Tuan Sadiq membayar cukai tanah, jika culas maka harta Tuan Sadiq akan jadi miliknya. Jom tonton dahulu video ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS SEISMIK (@saysseismik.ig)

Kenapa kena bayar cukai tanah awal?

Selepas tonton video tersebut, mesti ada yang tertanya-tanya kenapa kena bayar cukai tanah kan?

Sebagai pemilik hartanah di Negeri Selangor, anda bertanggungjawab untuk sentiasa menyemak dan memastikan cukai tanah serta cukai petak dibayar setiap tahun.

Membayar cukai tanah lebih awal dapat mengurangkan risiko terlepas tarikh akhir, sekaligus membantu anda merancang kewangan dengan lebih efisien.

Dengan tindakan awal, anda dapat mengelakkan tunggakan dan penalti. Pastinya anda tak mahu hartanah anda dikenakan denda hanya kerana terlupa, bukan?

Semak dan bayar online dengan portal e-tanah Selangor

cukai tanah

Seperti Abdul Watsapp beritahu, anda boleh semak dan bayar cukai tanah dengan buka Portal Awam e-Tanah Selangor.

Semua maklumat hartanah anda ada di sana! Portal ini bukan saja mesra pengguna tapi juga membolehkan anda membuat bayaran secara online tanpa perlu beratur di kaunter.

Langkah-langkah:

  1. Layari laman web rasmi Portal Awam e-Tanah Selangor.
  2. Masukkan maklumat hartanah anda untuk semakan.
  3. Pilih kaedah pembayaran yang tersedia dan selesai!

Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan langkah bijak dengan menyemak cukai tanah anda hari ini di Portal e-Tanah Selangor. Ingat, tanggungjawab ini milik anda sepenuhnya. Lebih awal anda semak dan bayar, lebih tenang hidup anda.

Nak info lebih lanjut? Layari laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor sekarang juga.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×