Di bulan Ramadan, memulakan berbuka dengan menjamah buah kurmah sudah menjadi amalan. Ada orang terus memasukkan kurma ke dalam mulut dan ada orang akan cuci buah kurma terlebih dahulu.
Menurut Puan Niena Samsir, seeloknya mencuci buah kurma terlebih dahulu, ekoran khuatir akan kebersihannya selepas diambil daripada ladang. Malah, langkah kebersihan buah sunnah ini turut dicadangkan oleh pembekal kurma kepadanya.
Baca juga: Resepi Rempeyek Ayah Mentua Dapat Lebih 32K Shares, Nak Letak Ikan Bilis Lebih Pun Boleh!
CUCI BUAH KURMA SEBELUM MASUK MULUT

Gambar: Niena Samsir
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ini ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak ada kesan pasir mungkin pembekal itu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah (agak-agak bersih ke?).
Tak kisahlah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi pembekal kurma pun sarankan pada ummi. Cucilah kurma sebelum makan.
Takkan terjejas rasa kurma kalau dicuci. Cuma, penjual tak boleh nak cucikan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
Jadi, kitalah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Gambar di atas, ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ini, jangan ambil mudah tau.
Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!
Baca juga: Cara Buat Minuman Ais CINCAU HIJAU Santan Gula Merah, Nikmatnya~ Bila Lalu Tekak!
CARA BERSIHKAN KURMA

Gambar hiasan – WargaKotaLive
Cara nak bersihkan kurma:
- Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
- Lepas itu bilas dengan air bersih.
- Kemudian tapis.
- Lebih baik jemur di bawah panas terik matahari, nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis sahaja, lepas itu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, Insha Allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan makan kurma dengan cara yang bersih.
Nota penulis:
Saranannya ini hanyalah sebagai langkah berhati-hati untuk memastikan kebersihan makanan yang dimasuk ke dalam tubuh lebih terjamin. Tiada paksaan untuk mengikutinya.
Mana yang baik boleh jadikan panduan, tidak salah dan tidak kurang pun pada kita sebagai pembeli. Semoga bermanfaat kepada semua.
Baca juga: Koleksi 30 Hari Menu Berbuka & Sahur Untuk 2025, Ada Banyak Idea Ringkas Tapi Menyelerakan!
Sumber: Facebook Niena Samsir
FT Image: Niena Samsir
