Motosikal dinaiki empat sekeluarga berakhir tragedi apabila kesemua mereka terlibat nahas langgar lari di Rantau Panjang, pada tengah hari Khamis. Difahamkan, ketika itu mereka di dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.
Apa yang lebih memilukan, salah seorang daripada mangsa yang berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia, manakala yang lain cedera parah.
Baca juga: Remaja 15 Tahun Pandu Kenderaan Hingga Menyebabkan 5 Kematian Diikat Jamin, Bapa Dihukum!
NAHAS LANGGAR LARI

Tangkap layar dari video Mohd Shukrii yang tular.
Anak bongsu meninggal dunia, bapa cedera parah
“Adik ipar masih belum sedarkan diri, namun anak bongsunya berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia,” kata Rosilawati Md Noor, 48.
Rosilawati adalah kakak ipar kepada Mohd Fakhrazi Mat Zain, 42, mangsa kejadian langgar lari di Kampung Baroh Pial, di sini, jam 1 tengah hari Khamis.
Katanya, Mohd Fakhrazi menunggang motosikal dengan membonceng anak bongsu, Muhammad Uwais, 3, selepas mengambil dua anak saudara lelaki serta perempuan, masing-masing berusia lapan tahun yang baru pulang dari sekolah.
Baca juga: Pengantin Pegang Prinsip Tak Cukur Kumis & Misai Di Hari Bahagia, Buat Ramai Terkejut!
Dua anak saudara juga cedera parah

Tangkap layar dari video Mohd Shukrii yang tular.
“Saya dimaklumkan ketika kejadian, mereka berempat menaiki sebuah motosikal sebelum dilanggar Proton Persona yang kemudian melarikan diri.
“Luluh hati saya apabila dimaklumkan bahawa Muhammad Uwais cedera parah dan tidak dapat diselamatkan, manakala Mohd Fakhrazi pula masih tidak sedarkan diri dan mendapat rawatan. Begitu juga dengan dua lagi anak saudara yang turut cedera parah.
“Adik saya (isteri mangsa) hanya mampu menangis apabila anak bongsunya pergi buat selama-lamanya, manakala suami dalam keadaan kritikal di hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rosilawati berkata, dua lagi anak saudara yang cedera parah kini mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah dan Hospital Pasir Mas.
Baca juga: Si Cilik Genius Umur Baru 2 Tahun, Tapi Noah Ariz Sudah Pandai Sifir 1 Hingga 10
Video tular di lokasi kejadian
Sebelum ini tular video berdurasi 44 saat yang memaparkan mangsa berada di jalan raya selepas dilanggar sebelum dibantu oleh orang awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan insiden itu namun sudah mengenal pasti video yang tular, justeru siasatan sedang dijalankan.
Baca juga: Parah! Sek* Songsang Lelaki Sejenis Makin Meningkat, Malaysia Apa Nak Jadi?
Sumber: Harian Metro / Mohd Shukrii
FT Image:
