Euforia Bola 2026
Famili

Suami, Isteri & Anak Usia 2 Tahun Antara Yang Maut Dalam Nahas 4 Kenderaan Di Kluang

NAHAS 4 KENDERAAN

Lima individu, termasuk pasangan suami isteri serta anak perempuan mereka yang berusia dua tahun, maut dalam nahas 4 kenderaan, termasuk sebuah treler, di Kilometer 58.1 Lebuhraya PLUS arah selatan pada 11.30 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, tiga lagi anak mangsa yang menaiki Honda Stepwagon Spada, berusia sembilan, tujuh, dan empat tahun, mengalami kecederaan parah.

Baca juga: Anak Kena Renjatan Elektrik Ketika Main Di Padang Putrajaya, ‘Daging’ Terbakar Sampai Dalam!

NAHAS 4 KENDERAAN DI KLUANG: 3 BERANAK ANTARA 5 YANG MAUT

NAHAS 4 KENDERAAN

Pasangan suami isteri yang maut iaitu pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36, Isterinya, Siti Khazira Bani, 35, dan anak perempuan, Mariam Nasarudin, 2 akan dikebumikan di Kampung Makam Kota Tinggi.

Pemandu Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dijangka dikebumikan Felda Taib Andak Kulai.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini, apabila ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mula mengunjungi hospital berkenaan.

Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak sehingga ada yang perlu dipeluk dan dipapah demi menenangkan mereka.

Bukan hanya air mata yang mengalir tetapi ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan sehingga dipeluk dan dipapah.

Ahli keluarga mangsa kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwagon dan Proton X50 sudah berada di Unit Perubatan Forensik seawal 7 pagi tadi.

Media tempatan melaporkan bahawa nahas 4 kenderaan ini dipercayai berpunca daripada tayar hadapan kanan treler yang pecah, menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Insiden tersebut mengakibatkan perlanggaran tragis yang meragut lima nyawa.

*Semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Baca juga: ASNB Umum Dividen ASB 2 5.50 Sen & ASM Pula 5.00 Sen, ‘Check’ Akaun Bermula 1 April Ini

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×