Euforia Bola 2026
Famili

MyKad Hilang 12 Tahun Lepas Kena ‘Klon’, Tuan Badan Terkejut Ada Hutang Lebih RM10 Ribu!

mykad hilang

MyKad bukan sekadar kad pengenalan biasa, tetapi juga ‘kunci’ utama untuk mengakses pelbagai perkhidmatan penting di Malaysia. Selain menjadi bukti sah kewarganegaraan, ia turut memudahkan harian seperti pengesahan identiti, rekod kesihatan, transaksi kewangan, serta akses kepada kemudahan kerajaan dan swasta. Namun, bagaimana kalau MyKad hilang?

Lebih teruk lagi, bagaimana kalau MyKad anda disalahgunakan? Apa akan berlaku?

Baca juga: Ini 5 Pilihan Warna Tudung Yang Betul Untuk IC Baharu…Jelas, Cantik & Kepala Tak ‘Hilang’!

MYKAD HILANG 12 TAHUN LEPAS, RUPANYA KAD KENA ‘KLON’!

mykad hilang

Ini merupakan kisah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook, Hafis Aliaziz yang berkongsi kes mengejutkan membabitkan MyKad miliknya yang hilang 12 tahun lalu. Menurutnya, kisah ini bermula pada 2013 apabila rumahnya dipecah masuk pencuri yang membawa lari dompet dan telefon bimbitnya.

Walaupun dia telah melaporkan kejadian itu, tidak terlintas langsung di fikirannya bahawa kesan kehilangan MyKad ini akan ‘menghantui’ selepas lebih sedekad.

Namun, semunya terbongkar apabila Hafis ingin menyemak jumlah mata ganjaran dalam aplikasi AEON Wallet selepas berbelanja baju raya. Sangat mengejutkan apabila dia mendapati terdapat transaksi pembelian iPhone 16 Pro Max bernilai lebih RM10 ribu, dengan tunggakan sebanyak RM801.

“Saya benar-benar tidak pernah memohon atau menyentuh aplikasi AEON itu sehinggalah hari ini saya menyedari terdapat tunggakan sebanyak RM801.

“Saya tidak tahu siapa yang berani menggunakan butiran peribadi saya untuk membeli iPhone ini,” katanya.

SEMUA BUTIRAN DI MYKAD SAMA KECUALI GAMBAR

mykad hilang

Rakaman CCTV semasa individu tak dikenali guna MyKad.

Lantas, Hafis terus menghubungi perkhidmatan pelanggan AEON dan mendapati bahawa kad pengenalannya telah digunakan oleh individu lain!  Lebih mengejutkan, maklumat pada MyKad yang digunakan adalah sama dengannya—kecuali gambar pemiliknya yang jelas bukan dirinya.

Susulan itu, kejadian ini segera dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Terbaharu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan mengenai isu MyKad palsu yang tular di media sosial ini menerusi Facebook rasminya.

“Pada 7 Mac, dua individu telah ditangkap berkaitan isu ini dan hari ini mereka telah direman bagi membantu siasatan. Kes ini timbul selepas seorang individu melaporkan kehilangan MyKad beberapa tahun lalu, tetapi baru menyedari identitinya telah digunakan untuk membuat pinjaman membeli peranti elektronik.

“Berdasarkan risikan JPN, suspek utama, seorang lelaki berumur 35 tahun, telah ditahan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 7 Mac jam 7:30 malam.

“Selepas tangkapan, satu lagi MyKad palsu ditemui dalam dompet suspek. Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 25(1)(e), 25(1)(a), dan 25(1)(g) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

“Saya ingin menegaskan bahawa kami tidak menolak kemungkinan melakukan tangkapan susulan berdasarkan hasil soal siasat yang dijalankan,” katanya.

Jadi, jaga MyKad kita ibarat nyawa sendiri tau!

Baca juga: Rakyat Malaysia Bakal Dapat MyKad Baharu, Ini Ciri-Ciri Kad Pengenalan Yang Lebih Moden!

Sumber: Hafis Aliaziz, (1), Saifuddin Nasution Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×