Euforia Bola 2026
Famili

MyGameOn & SAYS Buat Acara Komuniti Gaming, Boleh Lepak Santai Secara Percuma Di Kafe!

ACARA KOMUNITI GAMING

MyGameOn dan SAYS Tech dengan sukacitanya mempersembahkan Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session, sebuah acara komuniti gaming yang akan berlangsung pada Sabtu, 27 September 2025, dari 12 tengah hari hingga 5 petang di ATO Gaming Café, TTDI.

Baca juga: Trick Duduk Hotel 5 Bintang Tapi Harga ‘Bajet’, Kena Buat Macam Wanita Ini Kongsi!

MYGAMEON & SAYS BUAT ACARA KOMUNITI GAMING PERCUMA

ACARA KOMUNITI GAMING

Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen Rileks Je, Takyah Toksik, iaitu inisiatif bersama yang memberi tumpuan kepada isu buli siber dan kepentingan kesihatan mental dalam kalangan komuniti gaming di Malaysia.

Dengan menghimpunkan pemain, pencipta kandungan, keluarga dan peminat industri, acara ini bertujuan membina suasana digital yang lebih sihat, selamat, dan bebas toksik untuk semua.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung:

  • Goodie bag eksklusif daripada MyGameOn & SAYS Tech
  • Sesi perkongsian santai bersama tokoh industri e-sukan tempatan
  • Fun Match Mobile Legends: Bang Bang
  • Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik

Pelbagai permainan di ATO Gaming Café seperti arked, konsol, mobile games, boardgames dan tabletop.

“Kami percaya dunia gaming sepatutnya jadi ruang yang selamat, positif dan inklusif. Dengan ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, kami mahu buktikan yang komuniti boleh kekal seronok dan kompetitif tanpa unsur toksik,” Hazril Md Nor, Editor MyGameOn.

Maklumat acara:

Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
Masa: 12pm – 5pm
Lokasi: ATO Gaming Café, TTDI
Kemasukan: PERCUMA

RSVP sekarang untuk tempah tempat anda dan sertai gerakan membina komuniti gaming yang lebih positif. Masuk adalah percuma!

Info lanjut di mygameon.my/takyahtoksik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×