Euforia Bola 2026
Famili

Murid Tahun 5 Cedera Jatuh Dari Tingkat Satu Sekolah, Dipercayai Nak Ambil Kasut Dibaling Rakan

JATUH KORIDOR

Seorang murid lelaki Tahun Lima dilaporkan cedera selepas dipercayai jatuh koridor tingkat satu sebuah sekolah rendah di Batu Berendam semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengambil kasutnya yang didakwa dibaling oleh seorang murid lain sehingga terjatuh ke atas bumbung laluan pejalan kaki di bawah bangunan sekolah tersebut.

Baca juga: Kadar Bayaran Deposit Masuk Wad Hospital Kerajaan, Berbeza-Beza Ikut Rawatan & Kelas

MURID TAHUN LIMA JATUH KORIDOR SEKOLAH

JATUH KORIDOR

Menurut kakak kepada salah seorang murid di sekolah berkenaan, insiden itu dipercayai berlaku ketika sesi persekolahan hampir tamat dan keadaan cuaca hujan menyebabkan kawasan sekitar menjadi licin.

Remaja terbabit yang tidak mahu dikenali berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu daripada tiga adiknya yang belajar di sekolah sama.

“Mengikut cerita adik yang berusia 11 tahun, sebelum kejadian ada seorang murid lain membaling kasut mangsa dari tingkat satu sebelum terjatuh ke atas bumbung laluan pejalan kaki di bawahnya.

Mangsa kemudian cuba mengambil semula kasut tersebut namun dipercayai tergelincir akibat keadaan basah sebelum terjatuh,” jelasnya.

JATUH KORIDOR

Menurutnya lagi, kejadian dipercayai berlaku sekitar tengah hari ketika murid-murid sedang bersiap untuk pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanju dan siasatan lanjut masih dijalankan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Baca juga: Pemuda Maut ‘Melayang’ Dirempuh SUV Tak Sempat Konvo, Arwah Disenangi Pensyarah & Rakan-Rakan

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×