Euforia Bola 2026
Famili

Murid Pendidikan Khas Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Influenza A, Keluarga Turut Dijangkiti

MURID PPKI MENINGGAL DUNIA

Seorang murid PPKI meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A awal pagi tadi, difahamkan mangsa berusia lapan tahun dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 4.30 pagi.

Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin berusia lapan tahun, merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap.

Baca juga: Tabung Haji Umum Syarat Kesihatan Jemaah 1447H/2026M, Lulus Saringan Baru Boleh Pergi!

MURID PPKI MENINGGAL DUNIA AKIBAT JANGKITAN INFLUENZA A

MURID PPKI MENINGGAL DUNIA

Pihak sekolah dalam kenyataannya turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa juga dijangkiti wabak sama.

Sebelum ini, media ada melaporkan dua kematian berkaitan Influenza melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan 11 tahun telah direkodkan setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu berasal dari Sabah manakala seorang lagi dari Terengganu.

“Kementerian masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kedua-dua kes tersebut,” jelasnya.

Baca juga: KPM Akan Kenalkan Subjek Pendidikan Karakter, Mata Pelajaran Baharu Untuk Tahun Depan

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×