Euforia Bola 2026
Asuh

[VIDEO] “Penatlah Baik M*ti…” Murid Darjah 1 Teresak-Esak Luah Pada Ibunya Ekoran Penat Dibuli Di Sekolah!

murid darjah 1

Seorang murid darjah 1 yang biasanya ceria pulang dari sekolah, tiba-tiba pada satu hari melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang anak kecil, dengan hati yang hancur.

Melalui perkongsian seorang ibu di Threads, dia menceritakan detik anak kecil itu kembali dari sekolah dalam keadaan murung sebelum meluahkan sesuatu yang mengejutkan dirinya.

Baca juga: Cekak Pinggang Pun Tak Jalan, Doktor Ajar 5 Cara Didik Anak Lelaki Supaya Patuh Dengar Arahan

LUAHAN MURID DARJAH 1 TRAUMA AKIBAT DIBULI

murid darjah 1

Tangkap layar dari video yang dikongsikan wanita itu di Threads.

“Apa perasaan anda kalau anak berusia tujuh tahun balik dari sekolah dan berkata begitu? Masuk akal ke budak seusia itu melakukan perkara sebegitu terhadap kawan sendiri?

“Saya benar-benar buntu. Budak itu telah menyebabkan anak saya trauma sejak kecil lagi, dan perbuatannya memang tidak wajar sama sekali,” tulisnya kecewa.

Dalam rakaman yang dikongsikan, suara kanak-kanak itu kedengaran menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaannya itu.

Turut kedengaran, wanita itu juga cuba menenangkan anaknya sambil menyatakan hasrat akan bertemu pelaku buli berkenaan bagi menyelesaikan isu ini.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata menzahirkan rasa simpati dan marah terhadap kejadian tersebut. Ramai mencadangkan agar ibu mangsa segera berjumpa pihak sekolah serta membuat laporan demi keselamatan anaknya.

Baca juga: Ini 11 Kepercayaan Pelik Pantang-Larang Gagap Yang Selalu Dengar, Antaranya Jangan Suap Agar-Agar Pada Bayi!

Antara komen yang menarik perhatian,

“Kalau anak aku ini, memang sekarang juga aku pergi jumpa ajak parents budak itu pergi balai sekali. Tengok anak ini menangis, Allahuakabar…sedih betul.”

“Please do something about this. A 7 yo say ‘nak mati dibuli’ is his last cry, tolong ya do something about it.”

“Sedihnya lah, kalau dah jumpa tapi dia buat lagi report saja polis sebab dah kacau emosi anak ini.”

“It’s good he voice out! He don’t keep it inside. Schools need to create more awareness about bullying! It’s not fun.”

Baca juga: Ibu Tergamam Anak Ada ‘Simpanan Rahsia’, Dalam Beg Sekolah Padat Dengan Wang Tunai RM767!

Sumber: Threads

FT Image: Celeste Penido

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×