Euforia Bola 2026
Inspirasi

Muhammad Harraz, Bilal Cilik Kuasai 5 Teknik Taranum Azan… Suara Lunak Buat Ramai Sebak!

bilal cilik

Usia baru 13 tahun, seorang bilal cilik bernama Muhammad Harraz Darwisy Sharulremy sudah memukau ramai dengan kebolehannya bertaranum atau melagukan azan.

Remaja berbakat ini, kini turut diberi peluang menggalas tugas sebagai muazzin gantian di beberapa masjid sekitar daerah Timur Laut.

Baca juga: Bukan Satu Tapi 7 Kali Khatam Al-Quran Dalam 13 Bulan & CGPA 4.00, Muhammad Ariffin Raih Anugerah Pelajar Cemerlang!

BILAL CILIK KUASAI 5 TEKNIK TARANUM AZAN

bilal cilik

Perjalanan bakat dan pengalaman awal

Minatnya terhadap tugas di masjid bermula selepas sering mengikuti bapanya bersolat di Masjid Jamek Haji Kassim, Kampung Makam, di samping terinspirasi melihat datuknya yang merupakan bilal di masjid itu.

Tertarik dengan laungan azan datuknya, Muhammad Harraz mula menunjukkan bakat bertaranum walaupun pada awalnya pertuturannya masih pelat.

Setahun kemudian, Muhammad Harraz menyertai kelas pengajian anjuran masjid bersama lebih 20 kanak-kanak lain dari daerah tersebut dan diberi peluang menyertai pertandingan azan.

“Sudah banyak pertandingan yang saya sertai namun diawal pembabitan, memang tidak pernah menang dan sedikit kecewa. Ketika itu ayah pesan bahawa kalah atau menang bukan perkara utama, tetapi ilmu serta pengalaman yang diperoleh dan apabila menang, jangan sesekali bersikap riak,” katanya ketika ditemui bersama ayahnya Sharulremy Shaharudin, 44, dan ibu Nor Aslinda Samsuddin, 41.

Baca juga: Pelajar USIM Dipilih Jadi Imam Tarawih Di New Zealand, Berjaya Lulus ‘Interview’ Yang Sengit!

Sehingga kini, dia telah memenangi lebih 15 pertandingan azan di peringkat daerah dan negeri, selain menerima Anugerah Kanak-kanak Harapan Kariah Masjid Haji Kassim serta Tokoh Muazzin 2024.

Muhammad Harraz berkongsi bahawa dia sudah mahir melaungkan lima teknik taranum azan iaitu Makkah, Hijaz, Nahawand, Jiharkah dan Bayyati. Katanya, kemahiran ini bukan untuk bermegah tetapi sebagai pelapis generasi akan datang.

“Jadual bertugas sebagai bilal sementara memang padat setiap bulan Ramadan bagi solat fardhu dan terawih. Bulan lain, saya turut diundang bagi sesi bacaan doa dan berselawat di program termasuk majlis perkahwinan,” tambahnya.

Muhammad Harraz juga bercita-cita menyambung pengajian bidang Syariah di Mesir dan membuka madrasah di negeri kelahirannya untuk menyalurkan bakti. Selain itu, dia aktif dalam acara nasyid di sekolah.

bilal cilik

Sokongan keluarga dan komuniti tidak berbelah bagi

Bapanya, Sharulremy, berkata dia menyedari minat anaknya yang sering menonton video laungan azan dan mempelajari sendiri lagu serta lenggoknya. Muhammad Harraz tidak menghadapi masalah membahagikan masa antara tugas di masjid dan persekolahan.

Malah, adik bongsunya, Muhammad Ali Naqiuddin, 7, turut menunjukkan minat yang sama.

“Usaha jawatankuasa masjid juga memainkan peranan penting dalam penganjuran pelbagai aktiviti bersama golongan muda dan wajar dipuji. Ia bukan sahaja beri peluang kepada golongan muda ini menunjukkan kebolehan tetapi secara tidak langsung dapat tarik mereka ke masjid,” kata Sharulremy.

Baca juga: “Nak Jadi Guru”- 3 Anak Orang Asli Kelantan Berjaya Masuk SBP, Cipta Sejarah Selepas Sedekad Tiada Kemasukan!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×