Euforia Bola 2026
Asuh

Menyesal Seumur Hidup Bila Tak Buat 5 Momen Macam Ini Dengan Anak, Tak Dapat Putar Masa Dah!

momen dengan anak

Anak-anak tidak akan kecil selamanya dan tanpa kita sedar, momen dengan anak itu boleh jadi kenangan yang paling kita rindukan suatu hari nanti.

Sebagai ibu bapa, ada lima perkara kecil tapi bermakna yang kita akan kesal jika terlepas. Mungkin kita tidak sedar sekarang, tetapi hati akan rasa bila semuanya sudah berlalu.

Baca juga: Nak Jadi Ayah Kebanggaan Anak, Kena Jadi Yang No.1 Ini, Jangan Sekadar Ada Tapi Tak Wujud!

MOMEN DENGAN ANAK YANG IBU AYAH MENYESAL KALAU TERLEPAS

MOMEN DENGAN ANAK

Freepik

1. Cakap dengan anak

Berbual dengan anak bukan sekadar soal bertanya “dah makan ke belum” atau “macam mana sekolah hari ini”. Ia adalah detik penting yang membina jambatan kepercayaan antara ibu bapa dan anak.

Setiap kali bersembang dengan anak, kita bukan sahaja tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka, tapi kita juga sedang mengajar anak bahawa suara mereka penting dan layak didengari.

2. Main dengan anak

Dalam kesibukan harian, ibu ayah sering terlupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian anda. Bila anda duduk bermain bersama anak, walaupun hanya 10 minit, mereka pasti rasa dihargai dan disayangi.

Bagi anda itu mungkin sekadar main masak-masak, lari-lari kecil atau susun blok tetapi itu sebenarnya memori paling berharga dalam hidup anak-anak.

3. Suapkan anak makan

Momen dengan anak yang rugi sekiranya ibu bapa terlepas atau tidak pernah menyuapkan mereka. Tangan yang menyuap bukan sekadar memberi makanan tetapi dapat menyampaikan kasih sayang secara langsung.

4. Mandikan anak

Mandikan anak sering dianggap perkara biasa namun siapa sangka itu antara momen dengan anak yang akan dirindui terutamanya jika mereka dewasa.

5. Beribadah bersama anak-anak

Akhir sekali, momen paling rugi jika ibu bapa lepaskan adalah melakukan ibadah bersama anak-anak. Antara amalan yang membina rohani diri adalah beribadah bersama seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, atau sekadar duduk berdoa selepas makan.

Oia bukan semata-mata ibadah ritual, tetapi sebuah latihan hati yang mengikat kita dengan anak melalui nilai, iman dan kasih. Anak-anak mungkin tidak faham semua doa kita, tetapi mereka ingat siapa yang memimpin mereka sujud.

Jadi, ibu bapa di luar sana pastikan anda tidak terlepas 5 momen dengan anak jika tidak mahu menyesal seumur hidup.

Baca juga: Bilangan Kanak-Kanak Ke Sekolah Pendidikan Khas Meningkat, Anak Normal Boleh Jadi Pseudo Autism, Puncanya Hanya Satu!

Sumber: I Am Parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×