Euforia Bola 2026
Famili

Anak ‘Oversea’ Tapi Ibu Malaysia Kahwin Bapa Warga Asing, Kini Layak Mohon Kerakyatan!

mohon kerakyatan

Berita gembira buat ibu Malaysia yang melahirkan anak di luar negara dan bersuamikan lelaki asing, kini anda layak mohon kerakyatan negara ini.

Berdasarkan laporan Berita Harian semalam, kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah yang ibunya rakyat Malaysia berkahwin dengan lelaki asing dan dilahirkan di luar negara kini layak memohon kewarganegaraan negara ini mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Baca juga: Tular Gadis Pergi ‘Dating’ Bawa Ibu Bapa Sekali, Ramai Setuju Tindakan Tegas ‘Parents’ Tersebut!

MOHON KERAKYATAN ANAK IBU MALAYSIA

mohon kerakyatan

Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH: Bangunan Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Ini berikutan persetujuan yang dicapai dalam saman pemula sekumpulan enam ibu warganegara Malaysia berhubung status kerakyatan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara yang direkodkan di Mahkamah Persekutuan pada Ahad.

Mengikut perintah persetujuan berkenaan, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang dilahirkan di luar negara oleh ibu wanita Malaysia yang bersuamikan warga asing kini layak memohon status kerakyatan Malaysia, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, merekodkan perintah persetujuan yang dicapai oleh pihak-pihak berkenaan.

Pada prosiding itu, Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili semua perayu, memaklumkan kepada mahkamah, semua pihak telah bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur empat tahun lalu.

Baca juga: Johan Tegur Pembantu Rumah Untuk Dahulukan Solat & Mengaji, Minta Tinggalkan Kerja

Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horn Bin mengesahkan perkara berkenaan.

Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membenarkan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun dengan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa warganegara Malaysia, didaftarkan sebagai warganegara.

Kanak-kanak itu akan diberikan kewarganegaraan jika permohonan itu memenuhi keperluan Perkara 26 (1), mengikut prosedur di bawah Perkara 15(2), dan termasuk semua dokumen sokongan yang diperlukan, seperti yang digariskan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024.

Perkara 26(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya kecuali mengikut undang-undang.

Baca juga: Suara Imam Tarawih Cecah Nilai 5 Angka, Masjid Terletak Di Kuala Krai Ini Jadi Buruan!

Sumber: Berita Harian

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×