Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak kanak untuk memohon Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) TABIKA KEMAS Tahun 2026.
Permohonan kini dibuka mulai 1 Disember 2025 (Isnin) sehingga 21 Disember 2025 (Ahad).
PERMOHONAN KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK 2026 DUBUKA!

Jika anda minat dunia pendidikan dan sukakan kanak-kanak, inilah peluang untuk memulakan kerjaya dalam sektor pra-sekolah KEMAS. Syarat kelayakan permohonan SPAK KEMAS 2026, calon mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21–35 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (diiktiraf kerajaan) atau kelayakan setaraf
- Lulus kepujian Bahasa Melayu (SPM) – minimum Gred C
- Sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit kronik/berjangkit, dan BMI tidak melebihi 30
- Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan
Tempoh Kursus:
- 3 bulan
- Dilaksanakan di Institut/Pusat Latihan KEMAS
- Kursus ini tidak menjamin pelantikan sebagai kakitangan kontrak KEMAS.
Jika berjaya dan dilantik, calon akan menyertai skim berikut:
- Skim Perkhidmatan: Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S5)
- Gaji Permulaan (Diploma): RM1,893.00
- Jadual Gaji: RM1,650.00 – RM6,620.00
- Imbuhan: Elaun perumahan, elaun khidmat awam & COLA
- Taraf Jawatan: Kontrak (contract of service)
Cara Memohon SPAK KEMAS 2026 (Langkah Demi Langkah)
Permohonan dibuat sepenuhnya secara online melalui Sistem Pengambilan KEMAS.
1. Layari Sistem Pengambilan KEMAS
Website: http://kis.kemas.gov.my/
2. Daftar Akaun (Untuk Pengguna Baharu)
- Klik “Daftar Akaun Baharu”
- Isi maklumat asas: No. IC, Nama, Emel, Kata Laluan
- Semak & klik Daftar
- Sahkan emel (jika diminta)
3. Log Masuk Akaun
- Masukkan No. IC dan kata laluan
- Akses ke dashboard pemohon
4. Pilih Program SPAK
- Pergi ke menu Permohonan
- Pilih Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK)
- Klik Daftar Permohonan
5. Isi Borang Permohonan
Lengkapkan semua maklumat seperti:
- Maklumat peribadi & keluarga
- Alamat & kesihatan
- Maklumat akademik (SPM, diploma, dll)
- Pengalaman kerja & kokurikulum
- Muat naik gambar mengikut spesifikasi
- Pastikan tiada ruangan kosong dan semua ejaan ikut IC/sijil rasmi.
6. Muat Naik Dokumen Sokongan
- Salinan MyKad
- Sijil & keputusan SPM
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak + transkrip
- Sijil kokurikulum / sukarelawan / kursus berkaitan
- Pastikan format fail ikut arahan (PDF/JPEG).
7. Semak & Hantar
- Pastikan semua maklumat tepat
- Klik Hantar Permohonan
- Simpan nombor rujukan / tangkapan skrin sebagai bukti

Foto hiasan.
Selamat mencuba!
