Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Peserta Dakwa Kursus Kahwin Banyak Borak Hal Dalam Kain Wanita, Ramai Desak Modul Dikaji Semula!

kursus kahwin

Kursus kahwin atau praperkahwinan kini menjadi topik hangat di media sosial, selepas ramai individu tampil dan menggesa agar modul sedia ada disemak semula.

Perbincangan itu tercetus selepas beberapa peserta mendakwa isi kursus yang sepatutnya membantu pasangan bersedia menghadapi alam rumah tangga, sebaliknya lebih banyak menumpukan pada perkara remeh dan tidak relevan.

Baca juga: Ini 12 Cara Berkesan Tegur Pasangan Dengan Hormat, Tanpa Drama Pinggan & Cawan Terbang!

KURSUS KAHWIN HANYA SEMBANG HAL DALAM KAIN WANITA

kursus kahwin

Gambar hiasan: Google

Seorang pengguna media sosial dengan nama akaun @apiz_una7 berkongsi pengalaman peribadinya ketika menghadiri kursus berkenaan.

Menurutnya, sesi yang dihadiri dipenuhi dengan perbincangan yang kurang bermanfaat, malah ada penceramah didakwa menggunakan kata-kata berbaur ‘double meaning’.

“Kenapa saya tidur masa hadiri kursus praperkahwinan? Ustaz sembang hal dalam kain perempuan secara ‘double meaning’. Tiada penglibatan kaunselor hal ehwal rumah tangga untuk membicarakan pengurusan emosi wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Tiada penglibatan penasihat kewangan untuk membicarakan bijak menguruskan kewangan. Tiada penglibatan jururawat masyarakat untuk membincangkan tentang jarak kehamilan, kesihatan kandungan dan pengurusan ibu selepas bersalin,” luahnya.

Baca juga: Bekas Suami Diterjah Di Lokasi Nikah Sebab Tertunggak Iddah & Nafkah Anak, Disumpah Ketika Laungan Azan!

Pandangan tersebut telah mendapat perhatian ramai warga maya yang bersetuju bahawa kandungan kursus kahwin kini perlu dikaji semula.

Pengguna bernama @shakinahhjfuad, menegaskan bahawa kursus itu seharusnya memberi pendedahan tentang kemahiran emosi yang merupakan elemen penting dalam mengekalkan hubungan selepas perkahwinan.

“Cinta sahaja tidak cukup jika tidak memahami perbezaan emosi lelaki dan wanita. Sama seperti dunia pekerjaan, kita perlukan kemahiran tertentu untuk berjaya. Dalam perkahwinan, perlu ada pengetahuan tentang komunikasi, keperluan emosi, cara mengurus konflik dan kitaran stres,” ungkapnya.

kursus kahwin

Gambar hiasan: nanihennamakeupbridal

Seorang lagi pengguna, @rinlyni, turut berkongsi pengalaman menghadiri kursus kahwin kira-kira 23 tahun lalu. Katanya, penceramah ketika itu terlalu menekankan aspek hubungan intim, namun mengabaikan tanggungjawab utama suami sebagai ketua keluarga.

“Dulu pun ustaz hanya cakap pasal hal bilik tidur, suruh jangan pakai kaftan, sedangkan lelaki ada yang dilahirkan tiada kemampuan batin,” ujarnya.

Sementara itu, @muniera.o pula berpandangan bahawa peningkatan kes perceraian wajar dijadikan fokus utama dalam kursus kahwin.

“Perkara ini sepatutnya diberi penekanan, mengapa banyak berlaku perceraian dan bagaimana untuk memahami serta mengurus masalah selepas berkahwin,” tegasnya.

Perkongsian ini mencetuskan perbincangan luas dalam kalangan warga maya, dengan ramai berharap pihak berwajib dapat menambah baik modul kursus agar lebih praktikal, seimbang dan relevan dengan realiti kehidupan pasangan masa kini.

Bukan sekadar berbicara hal dalam kain wanita dan kelambu sahaja.

Baca juga: Suami Kerja Jauh Minta Video & Gambar Intim, Isteri Risau Bimbang Jika Ia Tersebar Ke Media Sosial

Sumber: Threads

FT Image: Utusan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×