Zaman sekarang, jam tangan pintar bukan lagi sekadar aksesori gaya hidup. Untuk umat Islam, ia boleh jadi teman setia yang memudahkan ibadah harian. Lagi best bila HUAWEI kini memperkenalkan aplikasi Waktu Solat Malaysia pada rangkaian HUAWEI Wearables.
Ia diperkenalkan khas untuk rakyat Malaysia. Bayangkan semua info penting seperti waktu solat, arah Qiblat dan doa harian, semuanya boleh diakses hanya dari pergelangan tangan. Memang mudah, praktikal dan sesuai untuk kehidupan moden kita.
Jadual solat automatik tepat waktu mengikut lokasi anda!
Kadang-kadang bila sibuk kerja atau travel, kita boleh terlepas waktu solat tanpa sedar. Dengan HUAWEI Watch, jadual solat akan sentiasa ada di pergelangan tangan anda.
Aplikasi ini automatik ikut lokasi semasa, jadi tak perlu risau nak check manual. Senang sangat bila hidup penuh dengan jadual padat.

Boleh tengok arah Qiblat
Kalau selalu bergerak atau keluar kawasan, mencari arah Qiblat boleh jadi cabaran. Fungsi ini sangat membantu bila nak solat di luar rumah.
Untuk pengguna HUAWEI Watch 5 & HUAWEI Watch Ultimate 2, arah Qiblat boleh terus ditunjukkan melalui jam. Praktikal dan jimat masa!
Ada doa & rujukan islamik
Selain waktu solat, ada juga koleksi doa dan rujukan Islamik yang boleh jadi amalan harian. Semua ini tersedia dalam satu aplikasi mudah.
Tak kira masa lapang atau saat memerlukan, anda boleh rujuk doa dengan cepat hanya melalui jam tangan pintar anda.
Dibangunkan khas untuk Malaysia & mesra semua peranti
Apa yang buat aplikasi ini lebih istimewa ialah ia memang dibangunkan khas untuk Muslim Malaysia. Jadi, lebih tepat dan relevan untuk kegunaan seharian.
Lebih menarik, aplikasi ini juga boleh digunakan sama ada anda pakai iPhone atau Android. Sync terus dengan telefon pintar anda dan semua fungsi boleh dinikmati dengan lancar.
Fuhh! Ini memang waktu terbaik untuk anda miliki HUAWEI Watch GT 6 Series. Jam tangan pintar ini bukan saja bergaya dengan rekaan moden, tapi juga lengkap dengan fungsi kesihatan, ciri outdoor adventure, serta bateri tahan sehingga 21 hari!
Lebih menarik, setiap pembelian HUAWEI Watch GT 6 akan dapat hadiah percuma bernilai RM446!

Kalau nak cuba sendiri aplikasi Waktu Solat Malaysia (WSM) di jam tangan HUAWEI anda, caranya pun mudah saja, sama ada anda pengguna Android atau iPhone, ikut langkah ni:
- Muat turun HUAWEI AppGallery di telefon anda.
- Dalam AppGallery, cari dan pasang HMS Core.
- Kemudian, muat turun aplikasi HUAWEI Health (Global) dari App Store atau AppGallery.
- Log masuk atau daftar akaun HUAWEI ID.
- Buka HUAWEI Health, log masuk dan sambungkan HUAWEI Watch anda.
- Dalam HUAWEI Health, pergi ke AppGallery (Watch Apps).
- Cari Waktu Solat Malaysia dan klik Pasang.
- Buka aplikasi Waktu Solat Malaysia pada telefon dan pada jam.
- Klik pada pilihan Huawei Wear dan semak status peranti.
- Klik Synchronize Prayer Times with Watch untuk selaraskan waktu.
- Fail waktu solat akan dihantar ke HUAWEI Watch, siap! Nikmati waktu solat, kalendar Islamik dan doa harian terus dari pergelangan tangan.
Nikmati fungsi Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch pengalaman Islamik di pergelangan tangan anda!
Jangan tunggu lama! Dapatkan HUAWEI Watch GT 6 Series sekarang dan rasai sendiri kemudahan fungsi Waktu Solat Malaysia, teman ibadah moden di pergelangan tangan anda.
Boleh beli terus di platform pilihan anda:
