Topik mengenai faraj longgar sering kali menjadi bahan perbualan dalam masyarakat, terutamanya berkaitan perubahan tubuh wanita selepas berkahwin dan melahirkan anak. Namun, banyak tanggapan sebenarnya hanyalah mitos dan salah faham.
Hakikatnya, tubuh wanita diciptakan dengan keupayaan semula jadi untuk pulih, termasuk otot di kawasan kemaluan yang boleh kembali mengecut selepas melalui proses regangan.
Baca juga: 6 Racun ‘Silent Treatment’ Bila Suami Isteri Bergaduh, Diam Tanda Setuju Dah Tak Boleh Pakai!
FARAJ LONGGAR LEPAS BERSALIN CUMA MITOS!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain Medical Centre Sdn Bhd, Dr Afif Mohd Ridzwan, isu faraj longgar bukanlah berpunca daripada kekerapan hubungan intim atau aktiviti seksual seseorang wanita.
Katanya, dakwaan tersebut yang diwarisi sejak sekian lama hanyalah mitos.
“Faraj atau vagina terdiri daripada otot serta tisu lembut di bahagian kemaluan. Otot ini boleh berkembang dan kembali normal tanpa memerlukan sebarang pembedahan. Ia sama seperti getah, boleh mengembang apabila diregangkan dan kembali ke asal selepas itu.
“Sebagai contoh, wanita yang melahirkan bayi seberat tiga hingga 3.5 kilogram masih mampu mendapatkan semula keadaan faraj seperti sebelum bersalin setelah selesai berpantang,” jelasnya menerusi perkongsian di Instagram.
Baca juga: Isteri Luah Suami Lemah Tenaga Batin, Tak Sampai 2 Saat Dah ‘Kiok’, Doktor Dedah Punca Sebenar
Namun, Dr Afif menambah bahawa terdapat keadaan tertentu yang boleh mengganggu proses pemulihan, contohnya apabila berlaku koyakan serius atau jahitan selepas bersalin tidak dilakukan dengan sempurna.
“Jika bahagian vagina dijahit dengan baik, ia tidak akan menimbulkan masalah kepada faraj atau fungsi organ tersebut,” ujarnya lagi.
Bagi wanita yang risau dengan masalah faraj longgar, Dr Afif menyarankan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis atau senaman kegel.
Amalan senaman ini terbukti dapat membantu menguatkan otot-otot lantai pelvis dan sekaligus memberi kesan positif dalam mengekalkan kekuatan serta ketatnya faraj.
Baca juga: Rahsia Buat Hubungan Kekal Sweet Dengan Hanya Bersembang Dalam Gelap, Boleh Ajak Cik Abang Malam Ini
Sumber: Instagram Dr Afif Mohd Ridzwan
FT Image: freepik
