Euforia Bola 2026
Famili

“Bau Hanyir Besi”- Rumah Ditinggal 5 Hari, Suami Isteri Meremang Bila Pulang Penuh Tompokan Misteri Seakan Kicap

cecair hitam

Bayangkan pulang ke rumah selepas beberapa hari bercuti, tetapi disambut dengan kesan cecair hitam misteri di atas meja dan sinki. Itulah pengalaman mengejutkan sepasang suami isteri di Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang kini masih kebingungan mencari jawapan.

Lebih menyeramkan, kesan tersebut tidak berbau seperti kicap, sebaliknya berbau hanyir besi seolah-olah ada sesuatu yang cuba ‘meninggalkan tanda’ di kediaman mereka.

Baca juga: Wajah Berubah Jadi Nenek Tua Ketika Mandi Di Air Terjun Bukit Hijau, Kena ‘Ludah Hantu’?

TINGGAL RUMAH 5 HARI, MUNCUL CECAIR HITAM SEAKAN KICAP BENTUK TOMPOKAN

cecair hitam

Foto: Threads

Menurut perkongsian seorang wanita menggunakan akaun Threads @mijaaayusuf, kejadian itu disedari sekitar jam 10.30 malam, Isnin lalu.

“Balik je dari kampung, nampak kesan macam kicap atas meja. Ada empat lokasi berbeza, semua dengan saiz yang sama. Dekat sinki pun ada. Tak boleh nak fikir logiknya dari mana datang. Bila cerita balik, kami berdua terus meremang,” tulisnya.

Wanita itu menegaskan dia sudah terbiasa memastikan rumah dalam keadaan bersih setiap kali meninggalkan kediaman seperti wajib untuk membersihkan lantai dan sinki. Lebih menghairankan, tiada sebarang petunjuk ditemui walaupun seluruh rumah jenis apartment itu diperiksa dengan teliti.

Malah, mereka turut melakukan eksperimen menggunakan bekas makanan anak yang berbentuk bulat. Walau dicuba beberapa kali, kesan yang dihasilkan tidak sama dengan kesan misteri yang ditemui.

“Botol kicap langsung tak bocor. Kami cuba tekap bekas anak dengan kicap, tapi kesan yang tinggal hanya setitik dua. Yang kami jumpa tu pula bulat penuh dan kemas. Memang pelik,” tambahnya.

Bau Pelik & Tiada Petunjuk Pecah Masuk

cecair hitam

Tompok dari bekas makanan anak tidak sama.

Lebih menimbulkan tanda tanya, cecair hitam tersebut tidak berbau kicap seperti sangkaan awal. Rupanya…

“Mata nampak macam kicap, tapi bila dihidu ada bau hanyir besi. Nak rasa dengan lidah memang tak sanggup. Kami biarkan saja kesan tu. Tiada tanda rumah diusik, pintu dan tingkap semua elok, tiada kesan tapak kaki atau kerusi berganjak,” jelasnya.

Wanita itu pada mulanya terfikir mungkin rumahnya dipecah masuk, namun pemeriksaan lanjut menafikan kemungkinan tersebut.

Disebabkan buntu, pasangan itu segera menempah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) demi keselamatan. Pada masa sama, mereka turut meminta cadangan nombor pengamal perubatan Islam daripada warganet sebagai ikhtiar sekiranya ia berkait dengan unsur mistik.

Dalam perkembangan terbaharu, wanita ini memberitahu bahawa dia dan suami sudah mengikut segala candangan dari orang ramai untuk turut menukar kunci rumah dan menambah kunci di kawasan tertentu.

“Kalau jasmani kena usaha dengan langkah keselamatan, rohani pun kena ikhtiar juga. Entah manusia, entah makhluk halus… Wallahualam. Yang penting jangan kacau anak dan keluarga kami,” tulisnya lagi.

Setakat ini, tiada barang yang dilaporkan hilang, namun pasangan itu tidak menolak kemungkinan hanya akan menyedarinya kemudian.

“Kalau orang tanya siapa pelakunya? Sampai sekarang masih tak tahu. Lagi difikir, lagi takut. Jadi kami cuba abaikan… biarlah, asal jangan diganggu,” katanya menutup cerita.

*Semoga terungkai misteri ini dengan cepat…

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×