Bayangkan dapat menonton filem animasi yang Ejen Ali The Movie 2, di pawagam secara percuma lengkap dengan kehadiran maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia, apa agaknya perasan anda?
Inilah pengalaman istimewa REV Media Group (REV) realisasikan bagi meraikan golongan kurang berkemampuan menerusi program khas di bawah inisiatif Tech For Good.
Raikan 100 penerima manfaat Program Perumahan Rakyat (PPR)!

Bertempat di sebuah pawagam sekitar Lembah Klang, seramai 200 orang tetamu termasuk 100 penerima manfaat dari komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 100 staf REV bersama keluarga mereka, telah dijemput untuk menikmati tayangan eksklusif Ejen Ali The Movie 2.
Sebuah filem animasi dengan memegang rekod kutipan tertinggi di Malaysia berjumlah RM40.6 juta!

Kolaborasi REV Media Group, Primeworks Studios, dan Pepper Labs ini bukan tentang hiburan semata-mata, sebaliknya ianya merupakan misi menyebarkan kegembiraan serta membina kenangan manis buat insan yang kurang bernasib baik.
“Kami bersyukur dapat berkongsi pengalaman hebat ini dengan komuniti yang mungkin sukar untuk menikmatinya sendiri. Di REV, kami percaya teknologi dan media boleh digunakan untuk kebaikan dan inilah yang kami cuba capai menerusi program Tech For Good,” kata CEO REV Media Group, Samuel Wee.
View this post on Instagram
Kehadiran Ejen Ali dan Ejen Alicia tambah kemeriahan!

Lebih menarik, kehadiran maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia buatkan mereka yang hadir tersenyum bahagia dan penuh gelak tawa.
Semoga ianya menjadi salah satu kenangan manis buat mereka yang hadir pada tayangan tersebut terutamanya.
Apa yang pasti, inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen REV Media Group dalam memberi semula kepada masyarakat.
Tidak hanya menggunakan kekuatan media untuk membina hubungan komuniti yang lebih erat dan bermakna ianya jelas menjadi satu landasan untuk menyebarkan lebih banyak kebaikan buat semua golongan masayarakat.
Tentang REV Media Group
REV Media Group ialah syarikat media digital nombor satu di Malaysia yang mengurus lebih 30 jenama portal berpengaruh dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Dengan lebih 10 juta pengunjung unik setiap bulan, REV komited untuk mentransformasi landskap digital negara melalui kandungan kreatif, strategi berasaskan data dan penglibatan penonton yang lebih mendalam. Mereka terus menjadi peneraju dalam inovasi media digital Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut? Layari revmedia.my
