Bagi yang gemar minuman panas ketika berbuka, resipi berasaskan kurma kering ini mungkin boleh jadi pilihan baharu sepanjang Ramadan. Malah, jika anda lebih suka minuman sejuk, air ini tetap sesuai dinikmati dengan tambahan ais.
Perkongsian daripada pengguna Facebook, UMe Cikin, menunjukkan cara penyediaannya yang sangat mudah dan hanya menggunakan dua bahan utama.
Baca juga: KA Lancar ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’, Tawar 80 Pax Makan ‘Free’ Di Rembayung!
AIR REBUSAN CAMPURAN KURMA KERING, MINUMAN PANAS TERBAIK BERBUKA

Gambar: UMe Cikin
Bahan yang diperlukan:
- Buah goji berry kering
- Kurma kering
Cara penyediaan:
- Rebus kedua-dua bahan ini bersama air kosong.
- Gunakan api perlahan dan rebus sekitar 15 hingga 20 minit.
- Untuk 500ml air (atau setengah jag), gunakan 4–5 biji kurma kering dan 2–3 sudu makan goji berry.
Tip penting!
- Sebelum dimasukkan ke dalam air rebusan, potong kurma kepada dua bahagian supaya rasa dan manisnya lebih mudah keluar.
- Jika mahukan sedikit rasa manis tambahan, boleh masukkan gula batu ketika merebus. Namun, tidak perlu terlalu banyak kerana kurma sendiri sudah mempunyai rasa manis semula jadi.
Baca juga: Tak Suka Lauk Berkuah Waktu Sahur? Apa Kata Cuba Perapan Ayam Goreng Berempah Pejal & Rangup INI!

Gambar: UMe Cikin
NAK LEBIH MANIS TANPA GULA? BUAT CARA INI
Bagi yang tidak mahu menambah gula langsung, anda boleh rebus air ini pada waktu malam dan simpan semalaman di dalam jag.
Apabila dibiarkan semalaman, rasa manis daripada kurma akan keluar secara semula jadi. Rasanya tidak terlalu manis, tetapi cukup memberikan rasa manis buah yang lembut dan menyegarkan.
Minuman ini boleh dipanaskan semula ketika berbuka jika ingin diminum suam. Atau, tambah ais jika mahu versi sejuk.
Menurut perkongsian tersebut, rasanya seakan-akan air longan, tetapi kurang manis dan lebih sihat.
Untuk mendapatkan bahan seperti goji berry dan kurma kering, anda boleh mencarinya di pasar raya atau kedai runcit, biasanya di bahagian rempah kering yang telah dibungkus.
Mudah sahaja cara penyediaannya. Jika anda mahu cuba sesuatu yang berbeza untuk berbuka puasa, mungkin boleh cuba resipi ini pula. Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Baca juga: Kuah Pekat ‘Kaw’ & Lemak Santan Lebih Terasa, Wanita Kongsi Cara TUMIS Masak Lemak Daging Salai!
Sumber: UMe Cikin
FT Image: UMe Cikin
